saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 25/12/2009

PureCircle tambah pelaburan

NILAI 24 Dis. - Lebih 100 syarikat makanan dan minuman dari seluruh dunia sedang berunding dengan PureCircle Sdn. Bhd. (PureCircle) untuk mendapatkan bekalan Reb A (Rebaudioside-A), sejenis pemanis semula jadi untuk produk makanan dan minuman.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohamed Arsad Sehan berkata, ini kerana Reb A yang dijadikan bahan makanan, sudah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada lewat 2008, sebagai bahan makanan yang selamat digunakan.

"Berikutan permintaan yang bertambah, kami sebagai kumpulan syarikat, akan menambah pelaburan untuk membesarkan operasi kami. Program pembesaran kami untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang akan melibatkan pembesaran peladangan tanaman pokok stevia, kilang pemerahan serta kilang penapisan," katanya di pejabatnya di Bandar Enstek, Labu dekat sini hari ini.

PureCircle yang mula beroperasi di sini pada 2003, merupakan syarikat yang mengeluarkan pemanis atau Reb A semula jadi, dengan kemanisannya antara 200 dan 300 kali lebih manis daripada gula.

Kebaikan Reb A adalah bahan itu tidak mempunyai kalori dan tidak menyebabkan peningkatan tahap gula dalam darah yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

Ini merupakan produk yang diminati oleh mereka yang mementingkan kesihatan dalam pemakanan dan minuman.

Pemanis itu diperoleh menerusi daun pokok stevia yang dikeringkan. Pokok stevia berasal dari negara-negara di Amerika Selatan khususnya di Paraguay.

Mohamed Arsad melihat Reb A berpotensi besar, khususnya dalam industri makanan dan minuman di dunia, yang kini semakin mementingkan kesihatan.

Beliau bagaimanapun berkata, perkembangan penggunaan bahan berkenaan bergantung kepada sejauh mana penerimaan industri makanan dan minuman selain tahap kecepatan pembukaan ladang stevia dan operasi pembesarannya.

Katanya PureCircle mempunyai sebuah kilang pemerahan daun stevia di China dan produk yang dihasilkan ditapis untuk mengeluarkan molekul yang terbaik yang dipanggil Reb A.

"Sekarang ini, kebanyakan keluaran Reb A dari PureCircle dibekalkan kepada syarikat minuman seperti PepsiCola, CocaCola dan Dr Pepper Snapple, yang mengeluarkan minuman jenama Schweppes.

"Kami kini dalam proses menyiapkan dan memulakan kajian bersama-sama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi agensinya, Agro Biotechnology Institute.

"Kajian bersama kami tertumpu untuk membiakkan anak-anak pokok stevia untuk ditanam secara ujian di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan sekiranya ujian ini berjaya, ia akan membuka peluang untuk pembukaan ladang stevia di negara ini.

"Jika ia berdaya maju, ia mungkin memberi peluang untuk kami menambah kilang pemerahan di Malaysia. Kami juga sedang berunding dengan beberapa makmal tisu kultur di negara ini untuk membanyakkan anak pokok stevia secara tisu kultur dengan cepat," katanya.

Beliau berkata, kajian berkenaan akan membuka peluang kepada petani di negara ini memandangkan pokok stevia boleh ditanam di kawasan kecil.

Katanya pokok stevia juga boleh ditanam secara besar-besaran.

"Kami di PureCircle boleh meneruskan model" yang digunakan dengan petani di China iaitu secara perladangan kontrak dengan jaminan membeli daun-daun yang dihasilkan dari ladang stevia," katanya.

Katanya, syarikat itu sebelum ini memulakan kajian dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk mencari jenis pokok stevia yang sesuai dan cara-cara menanamnya di Malaysia.

"Hasil ujian awal itu mendapati kandungan Reb A dalam pokok yang ditanam secara ujian di Mardi itu menunjukkan kandungan yang tinggi dan kami sekarang perlu meneruskan ujian itu untuk memastikan bahawa bilangan daun yang boleh dihasilkan oleh pokok ini mencukupi untuk digunakan sebagai sejenis pokok tanaman industri. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.