saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/12/2009

Siapa menang di Copenhagen?

JELAS tiadanya kata sepakat sejati dalam Sidang Kemuncak di Copenhagen mengenai perubahan iklim di serata dunia setelah dua minggu para perwakilan berbincang. Yang diumumkan akhirnya hanya sunat dilakukan, bukan wajib.

Hal ini dilaporkan dalam pelbagai warta berita televisyen dan akhbar di sana-sini. "Sungguh mengecewakan," demikian kata sesetengah delegasi dari 193 negara.

Yang menang ialah rencana sebilangan negara atas anjuran Presiden Barack Obama manakala sesetengah negara membangun dianggap tewas. UN huffs and puffs but is blown away at talks, demikian tajuk sebuah komentar akhbar.

Antara laporan bergambar ialah Presiden Obama berbincang dengan Perdana Menteri British Gordon Brown, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, Canselor Jerman Angela Markel.

Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) lazimnya membuat keputusan-keputusan sebulat suara, tetapi Denmark yang menjadi tuan rumah persidangan keberatan berpandu kepadanya kali ini kerana bimbang sidang berlanjutan dan berpanjangan.

Di samping itu ialah rasa kesal pelbagai pihak dengan tindakan-tindakan kasar pihak dengan tindakan kasar pihak polis Denmark ke atas ribuan yang mengadakan demonstrasi. Ini jelas dari laporan-laporan televisyen.

Antara yang menyatakan rasa dukacita ialah dari negara-negara membangun yang menghadapi akibat-akibat perubahan iklim, termasuk gempa bumi, banjir, tsunami, kemarau dan kenaikan paras air laut. Rakyat kepulauan Maldives, umpamanya, bimbang negara mereka lambat laun akan ditelan air laut. Ke mana mahu pindah? Mereka bertanya.

Kerana itulah dijanjikan sejumlah 100 juta dolar Amerika (RM344 juta) selama sepuluh tahun akan datang untuk membantu negara-negara yang berisiko.

Kata sepakat yang dicapai pada peringkat akhir melibatkan 28 negara utama, termasuk Amerika Syarikat, negara-negara Eropah, China, India, Brazil dan Afrika Selatan serta Maldives yang kecil.

pendirian

Juga mendapat perhatian ialah pendirian Malaysia dan Indonesia yang menentang cubaan membatasi penanaman kelapa sawit. Berlaku sebelum ini ialah tindak-tanduk beberapa pihak di negara maju supaya diharamkan iklan-iklan kelapa sawit dari stesen-stesen televisyen di Britian. Di samping itu ialah rancangan para pegawai Eropah terhadap penggunaan minyak kelapa sawit.

Tujuan kesemuanya ialah supaya pasaran-pasaran di Eropah, Amerika, Australia dan New Zealand mengurangkan penggunaan minyak kelapa sawit.

Malaysia dan Indonesia sebagai pengeluar utama minyak kelapa sawit tegas menolak kempen kesemuanya itu. Juga terlibat ialah

Greenpeace atas alasan mahu menyelamatkan hutan belantara.

Tindakan-tindakan mereka disifatkan sebagai "tidak bermoral" oleh Alan Oxley, bekas diplomat yang kini menjadi pengerusi World Growth. Seperti dicatat dalam satu laporan, ladang-ladang kelapa sawit di Malaysia memberi pekerjaan kepada 580,000 orang dan membantu menanggung lebih dua juta keluarga.

Seperti dijelaskan oleh pihak lain yang menentang kempen di negara-negara Barat itu: "Tindakan bersengaja untuk mengurangkan penggunaan minyak kelapa sawit boleh menjejaskan pendapatan para petani dan usaha-usaha mereka untuk melepaskan diri dari belenggu kemiskinan".

Ternyata bahawa sidang-sidang anjuran Bangsa-Bangsa Bersatu menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai kata sepakat, umpamanya, bagaimana mahu mengambil kira suara Alliance of Small Island States yang terdiri dari 43 ahli?

Seperti disebut lagi: Bagaimana mencari penyesuaian sikap antara Amerika dengan Pulau Tuvalu yang penduduknya hanya 12,000 orang? Bila berlaku hal seperti baru-baru ini Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki Moon diminta menjadi seperti orang tengah untuk memujuk Venezuela dan Bolivia yang mirip ke kiri.

Sebelum sidang bermula pihak-pihak tertentu menyebarkan berita mahu menyoal Indonesia dan Malaysia mengenai peningkatan perusahaan kelapa sawit. Akhirnya hal tersebut tidak berbangkit. Namun, tindak-tanduk anti kelapa sawit dunia Barat berterusan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.