saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/12/2009

'Tak perlu siasat Dr. Mahathir'

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kerajaan tidak perlu menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya kerana dakwaan-dakwaan oleh Barry Wain menerusi bukunya, Malaysian Maverick.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakyat dapat meneliti, menilai dan menghakimi sendiri pentadbiran beliau sepanjang 22 tahun memimpin negara.

Katanya, semua rakyat Malaysia terhutang budi atas kewibawaan Dr. Mahathir menerajui negara sehingga berjaya.

"Tidak perlulah kerajaan menyiasat pendapat yang gelojoh daripada penulis picisan (Barry) itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Barry yang berpangkalan di Singapura itu menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kemudian mahu kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Cabaran Kit Siang itu disahut Dr. Mahathir yang meminta kerajaan bersikap telus dan membuka semua siasatan berhubung perbelanjaan pada era pentadbirannya.

Rais berkata, apa yang didakwa Barry dalam bukunya itu hanya menjadi peluru politik kepada parti-parti pembangkang untuk memburuk-burukkan Dr. Mahathir.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sependapat dengan Rais berkata, bekas Perdana Menteri itu telah melakukan yang terbaik kepada negara.

"Yang penting beliau telah melaksanakan amanah dengan ikhlas demi bangsa dan tanah air, jadi tidak perlu diungkit-ungkit lagi," katanya.

Tambah beliau, apa yang lebih penting sekarang ialah semua rakyat Malaysia perlu bersungguh-sungguh melihat ke hadapan bagi mencapai wawasan negara.

"Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita yakin beliau akan meneruskan perjuangan pemimpin sebelum ini dengan tekad baru," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.