saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/12/2009

Bertafakur mengingati genap setahun rakyat Palestin diserang


SEBAHAGIAN peserta Viva Palestine mengadakan demonstrasi DIAM di luar Mid Valley, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Dis. - Orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah di MidValley hari ini terpanggil atas dasar kemanusiaan untuk bertafakur selama seminit sebagai memperingati genap setahun serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza.

Pengunjung yang terdiri daripada berbilang bangsa dan peringkat umur itu menyertai ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Viva Palestina Palestin (Viva Palestina) mengingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat serangan berkenaan.

Ahli jawatankuasa Viva Palestina, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin berkata, program itu dianjurkan supaya orang ramai mengingati penderitaan rakyat Palestin seterusnya memberi sokongan terhadap kembara misi bantuan kemanusiaan mereka.

"Pertubuhan ini memberi bantuan perubatan selain mengumpul dana dari badan swasta dan kerajaan untuk keperluan rakyat Palestin.

"Hasil sumbangan ini, kami berjaya membeli empat buah ambulans yang lengkap dengan peralatan bantuan perubatan canggih dan terkini untuk dihantar ke Gaza," katanya ketika ditemui pada program itu di sini hari ini.

Serangan besar-besaran tentera Israel di Genting Gaza setahun lalu mengorbankan kira-kira 1,400 rakyat Palestin dan 13 warga Israel.

Sementara itu, keprihatinan yang ditunjukkan oleh pengunjung pusat beli belah itu menarik perhatian seorang warga Palestin yang menuntut di sebuah universiti di negara ini.

Bagi Ahmad Khamis, 20, dia terharu dengan sokongan rakyat Malaysia terhadap pergolakan yang sedang berlaku di negaranya.

"Setakat ini ahli keluarga dan saudara mara saya masih selamat di Gaza, namun seorang rakan saya terbunuh dalam serangan bom tahun lalu," katanya.

Bagi seorang pengunjung, Mike Allen pula berkata, dia mengetahui tentang misi kemanusiaan Viva Palestina tahun lalu.

Lelaki itu kesal dengan tindakan sesetengah pemimpin politik dunia yang tidak sensitif terhadap isu peperangan dan bantuan kemanusiaan.

"Pemimpin dunia dan orang Islam tidak bersatu padu dalam menangani peperangan di Gaza.

"Bukan soal agama yang menjadi ukuran, tetapi tanggungjawab sosial kita kepada insan yang memerlukan," katanya yang berasal dari Manchester, England.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.