saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 28/12/2009

Cadangan logo baru BN berciri 1Malaysia

28/12/2009 2:37pm

KOTA KINABALU 28 Dis. - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangankan agar Barisan Nasional (BN) merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu “dipasarkan” dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman web beliau, www.keruak.com.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen Barisan Nasional dan satu lagi Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita,” kata Salleh.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan perincian lanjut dengan mengambil kira sistem dan perlembagaan dalam BN. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:06
Zuhur 1:27
Asar 4:49
Maghrib 7:24
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.