saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 28/12/2009

Warna-warna alam menghiasi rumah agam


Ruang tamu utama santai dan damai dengan warna-warna bumi.


WALAUPUN memiliki kedai menjual barangan hiasan dalaman Inggeris, namun Datin Asparila Yaacob kurang menggemari kediamannya dihiasi dengan perabot ala Inggeris.

Katanya, beliau lebih sukakan konsep hiasan dalaman yang boleh disuai padan dengan barangan perhiasan atau perabot lain.

Jika memilih konsep Inggeris, tambahnya, keseluruhan hiasan dalaman dan perabot adalah berwarna putih dan tidak sesuai jika hendak dicampur dengan perabot lain yang berbeza warna.

Mujur juga suami beliau, Datuk Mohamed Azmi Ibrahim, seorang ahli perniagaan turut bersetuju dengan pendapatnya dan menyerahkan keseluruhan tugas menghias rumah kepadanya.

''Datuk dan anak-anak biasanya bersetuju dengan konsep hiasan yang saya pilih. Kata mereka, asalkan cantik dan selesa, mereka tidak kisah,'' katanya yang ditemui di banglo dua tingkatnya di Bandar Tun Razak, Cheras baru-baru ini.

Menurut Asparila lagi, kebanyakan perabot dibeli oleh suami yang sudah memahami cita rasanya dan suami sendiri tahu tempat yang sesuai untuk meletakkan perabot atau barangan yang dibeli.

Telah mendiami rumah ini sejak 12 tahun lalu, persekitaran yang tenang, tidak bising dengan bunyi kenderaan dan kawalan 24 jam membuatkan Asparila dan keluarga seronok tinggal di sini.

''Asalnya rumah ini hanya mempunyai lima buah bilik tidur sahaja tetapi setelah ubah suai yang dibuat tiga tahun lalu, kami tambah dua buah bilik lagi menjadikan tujuh kesemuanya. Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri.

''Ruang tamu juga ada tiga buah, satu ruang tamu utama untuk tetamu yang datang berkunjung, sebuah lagi ruang menonton televisyen dan sebuah ruang tamu keluarga di tingkat atas,'' jelas ibu kepada lima orang cahaya mata ini.

Dua buah sofa panjang dan kerusi berwarna coklat muda memenuhi ruang tamu utama yang berdinding hijau lumut dan hijau muda. Jarang yang mahu memilih langsir berwarna coklat gelap bagi kediaman namun warna inilah yang menjadi pilihan Asparila.

Sebuah lukisan bunga-bungaan dan dedaun hijau menambah ketenangan di ruang ini.

Pada satu sudut, diletakkan meja kecil yang tersusun kira-kira 30 biji koleksi kole Starbucks yang dibeli setiap kali beliau dan suami ke luar negara.

Sememangnya, kata Asparila, beliau sukakan warna-warna alam bagi rumah dan perabot bagi mewujudkan kedamaian dan ketenangan.

Berhadapan dengan set sofa ini, beliau meletakkan dua buah kerusi di tepi dinding di bawah tangga yang menuju ke atas. Sebuah gerobok kayu antik diletakkan bersebelahan kerusi bagi menyimpan koleksi peribadi.

Sementara itu, ruang menonton televisyen yang asalnya adalah tempat meletak kereta, santai dan menarik dengan sofa dua dudukan dan sebuah kerusi merah serta empat buah kerusi kayu. Kebiasaannya ruang ini menjadi tempat tetamu atau saudara mara wanita.

Menaiki tiga anak tangga dari ruang tamu utama ialah ruang makan yang diletakkan set meja makan kayu 10 kerusi. Di tepi dinding di ruang makan ini diletakkan sebuah almari yang dipenuhi dengan koleksi perhiasan Inggeris yang cantik dan pelbagai warna. Begitu juga pada dinding dan bahagian-bahagian tertentu dapat dilihat lukisan flora dan perhiasan Inggeris yang menjadi pilihan Asparila untuk rumahnya ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.