saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/12/2009

MB berang blog dakwa Husam letak jawatan

KOTA BHARU 29 Dis. - "Celaka semua sekali ini, blog celaka, blog celaka...saya kata sekali lagi celaka blog macam ini."

Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya desas desus peletakan jawatan 'orang kanannya' Datuk Husam Musa seperti yang dilaporkan dalam laman blog 'Penarik Beca' hari ini.

Beliau berkata, Husam yang juga Exco kanan kerajaan negeri adalah antara orang kesayangannya dan tidak akan mengizinkan peletakan jawatan itu.

"Bila saya nak rancang benda macam ini, dia di antara orang yang saya sayang... tulisan ini jahat," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 di sini hari ini.

Bagaimanapun sejurus selepas sidang akhbar, Nik Aziz berkata: "Sekali sekala kena 'perongoh' (bercakap kasar), Tuhan beri semua 'perongoh' tetapi ada masa nak guna...gunalah."

Sementara itu, Husam ketika ditemui hanya mengulas ringkas: "Saya masih ada di sini (Mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan), belum lagi kan (letak jawatan)."

Mesyuarat Dewan Harian tersebut turut dihadiri Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan; Timbalan Pesuruhjaya III Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim; Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Ketua Dewan Pemuda, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Desas desus peletakan jawatan Husam kembali berlegar apabila sebuah blog http://penarikbeca.blogspot.com dalam tulisan bertajuk 'Husam mencari nahas' mendakwa pemimpin Pas itu akan meletakkan semua jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dan tidak akan hadir pada mesyuarat tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.