saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 30/12/2009

Bola sepak ada ruang - Shabery

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersedia menimbang untuk menyenaraikan bola sepak di bawah program Road To London 2012 berikutan kejayaan skuad bawah 23 tahun negara meraih pingat emas dalam Sukan SEA Laos, baru-baru ini.

Katanya, selain cuba membantu menerusi pembiayaan Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara, kementerian melihat terdapat ruang untuk memajukan prestasi sukan itu di peringkat lebih tinggi dengan menyenaraikannya bersama memanah, terjun, berbasikal dan badminton dalam program berkenaan.

"Kita akan cuba menjadikan bola sepak sebagai salah satu agenda dengan membantu mereka sekiranya menyertai apa-apa kejohanan yang bersifat kelayakan (ke Olimpik)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Program Pembangunan Belia dan Sukan di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, semalam.

Tahun depan yang dianggap paling sibuk dalam kalendar sukan bakal menyaksikan sebahagian besar pemain skuad juara Sukan SEA XXV itu, dipertaruhkan semula ke gelanggang lebih besar, Sukan Asia Ke-16 dari 12 hingga 27 November manakala Kelayakan Olimpik bagi bola sepak dijangka berlangsung, dua tahun lagi.

Road To London 2010 merupakan program persediaan jangka panjang dengan peruntukan awal RM16 juta disediakan bagi atlet yang telah disenarai pendek daripada keempat-empat sukan berkenaan untuk menghadapi Sukan Olimpik 2012 itu dengan sasaran meraih pingat emas pertama negara.

Skuad bola sepak negara hanya pernah layak ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Moscow 1980 manakala pusingan kelayakan dua tahun lalu, menyaksikan anak buah B. Sathianathan terkandas pada peringkat kumpulan lagi yang dianggotai Jepun, Syria dan Hong Kong.

Terdahulu dalam ucapan sempena mesyuarat yang dipengerusikan itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian turut menaruh harapan tinggi menjelang Olimpik 2012 untuk menyaksikan skuad badminton negara menjulang kedua-dua Piala Thomas dan Uber pada tahun tersebut.

Mengenai tabung berkenaan yang dicadangkan dibiayai daripada hasil cukai rokok, kata beliau: "Setakat ini kita melihatnya sebagai alternatif untuk membangunkan sukan negara memandangkan banyak syarikat pengeluarnya pernah terlibat menaja bola sepak, badminton dan sepak takraw.

"Menggunakan hasil cukai rokok demi pembangunan sukan didapati lebih baik daripada menyalurkannya ke kempen-kempen anti rokok kerajaan seperti 'Tak Nak', satu ketika dulu yang akhirnya kurang berjaya.

"Kita masih tidak menjadikan rokok ini penaja sukan semula tetapi cuba menyalurkannya menjadi satu bantuan terus menerusi hasil cukai, malah ia dijamin tidak akan bertentangan dengan konsep sukan yang menggalakkan cara hidup sihat."

Ahmad Shabery menegaskan, soal bercanggah dengan konsep asas sukan itu juga tidak timbul memandangkan seseorang atlet pasti menyedari bahawa antara pra syaratnya untuk mencapai kecemerlangan ialah sentiasa bebas daripada amalan merokok.

"Sebaliknya saya percaya, hasil cukai rokok yang digunakan dalam sukan, mampu meningkatkan tahap persediaannya dari segi tempat dan kelengkapan latihan, penghantaran bertanding di luar negara mahupun pengambilan jurulatih," ujarnya.

Ditanya sama ada hasil cukai minuman keras turut boleh dilibatkan dalam membiayai tabung yang bukan sahaja untuk bola sepak bahkan sukan lain, kata Ahmad Shabery: "Buat masa ini biarlah kita tumpukan kepada rokok sahaja dengan pengalaman lalu mereka menaja beberapa sukan tertentu.''

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.