saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 31/12/2009

Manohara tarik perhatian


Manohara


20 Jan. - Aktor popular, Norman Hakim dan pelakon muda, Memey Suhaiza masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan berkhalwat di sebuah pejabat di Taman Ukay Perdana dekat sini pada 30 Oktober 2008.

30 Jan. - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan penyanyi rock terkenal, Amy Search untuk membatalkan saman seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang melecur akibat terkena tumpahan kuah tomyam panas di restoran makanan Cina miliknya pada pertengahan tahun lalu.

13 Mac - Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh, Pahang atas dua tuduhan menyogok perwakilan bagi memenangi jawatan MT pada pemilihan parti, akhir Mac lalu.

17 April - Dua pengarah syarikat Metrowangsa Asset Management Sdn. Bhd., Dr. Ghazali Atan dan Mohamed Abdul Wahab masing-masing didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas disabitkan atas kesalahan bersubahat mengeluarkan wang RM50 juta daripada akaun amanah Lembaga Tabung Haji (TH), lapan tahun lalu.

9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

9 April - Mahkamah Persekutuan memutuskan tiga kerusi DUN berkenaan kekal milik Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

30 April - Usaha terakhir bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng @ Ong Boon Hua untuk mendapatkan pengisytiharan masuk dan hidup di Malaysia gagal selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

12 Mei - Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan lafaz yang dibuat jaguh badminton negara, Roslin Hashim selepas 12 hari bernikah telah menggugurkan talak terhadap isterinya, Faizah Mohamad.

19 Mei - Anak kedua penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, Raja Azman Raja Petra didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.

26 Mei - Penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash sah bercerai talak satu dengan isterinya jutawan produk kecantikan, Sosilawati Lawiya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

1 Jun - Syarikat penasihat korporat, Mega-Wan Corporate Services Sdn. Bhd. (Mega-Wan), menyaman Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) kira-kira RM147 juta kerana didakwa enggan membayar yuran perkhidmatan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

18 Jun - Seorang pekerja sambilan di agensi pekerjaan, Hau Yuan Tyng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada amah warga Indonesia, Siti Hajar Sadli dengan menggunakan air panas, tukul besi dan gunting.

30 Jun - Bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad dihukum penjara 11 tahun 10 bulan dan denda RM370,000 oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas didapati bersalah atas 24 tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM59,000.

3 Julai - Penyanyi Jamal Abdillah dan isteri, Fatimatuzahra Samad disahkan bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam mensabitkan talak yang dilafazkan pada 15 Mei 2007.

5 Julai - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra memfailkan dua saman terhadap Manohara Odelia Pinot menuntut agar isterinya kembali taat kepada beliau dan mengembalikan hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM1,112,250 di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.

24 Julai - Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (LPPM), Datuk Mirza Mohammad Taiyab Beg Mirza Hadi Hassan Beg dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tuduhan bersetuju menerima rawatan pergigian berjumlah RM13,860 tanpa balasan daripada seorang pengarah syarikat.

27 Julai - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSKJ) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah atas tuduhan menyalahgunakan pesawat milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kepentingan peribadi, dua tahun lalu.

5 Ogos - Inkues siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, sehari selepas dia ditemuduga oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

12 Ogos - Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dua tuduhan rasuah dan menipu membabitkan 16.8 juta saham, 13 tahun lalu.

12 Ogos - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan pernikahan penyanyi, Joe Radzwill dengan pelakon Aida Rahim di Wilayah Yala, Selatan Thailand pada 6 November 2002 sah dari segi hukum syarak.

20 Ogos - Bekas jurugambar polis, Lans Koperal Abdul Halim Hassan dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Tengku Teh Susilawati Tengku Akhirat yang mayatnya ditemui dalam kotak di tepi jalan di Jalan 12/5, Sea Park, Petaling Jaya empat tahun lalu.

21 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya melunaskan pinjaman berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang digunakan untuk membeli saham Guthrie Bhd. lapan tahun lalu.

25 Ogos - Dua bekas Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH), Datuk Mohd. Amin Sidek dan Datuk Mohamad Shafie terpaksa merengkok dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan untuk mengenepikan hukuman penjara 10 tahun selepas disabitkan atas kesalahan pecah amanah dan penipuan membabitkan RM200 juta wang institusi itu.

21 Ogos - Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusannya pada 24 Jun lalu yang menuntut penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang mengosongkan rumah mereka dan menyerahkan hartanah itu kepada pemaju yang memperoleh kebenaran untuk memajukan kawasan itu.

9 Sept. - Enam individu yang menyertai demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di kediaman mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menghasut dengan membawa dan memijak kepala lembu.

16 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usahanya untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwat terhadap bekas pembantunya.

25 Sept - Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) memfailkan dua saman terhadap syarikat pemaju utama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dan syarikat perunding, BTA Architect untuk menuntut ganti rugi RM920 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

9 Okt. - Mahkamah Tinggi KL memerintahkan model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapa kandungnya Abdul Aziz Mohd. Ali, 61, dalam kes saman fitnah terhadap bapanya itu.

9 Okt. - Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar ganti rugi hampir RM63 juta kepada syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. berhubung perlanggaran perjanjian konsesi pembalakan.

12 Okt. - Wanita warga China, Su Qiaomei, 38, dipenjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah atas tuduhan menculik kanak-kanak yang mayatnya ditemui dalam beg pakaian di Sungai Segari, Perak, tiga tahun lalu.

20 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan saman fitnah RM100 juta terhadapnya yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh beliau homoseksual.

21 Okt. - Hayat bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris, 33, kekal berakhir di tali gantung setelah dia gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk menyemak sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh penganalisis maklumat, Canny Ong Lay Kian, 29.

21 Okt. - Lelaki yang mendakwa dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad dihukum penjara 10 tahun dan sebatan enam kali serta denda RM16,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan berhubung penyebaran ajaran sesat yang diasaskannya, empat tahun lalu.

22 Okt. - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya, dua tahun lalu.

22 Okt. - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo gagal memperoleh perisytiharan bahawa keputusan menggantungnya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun sebagai tidak sah dan batal. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) bagaimanapun memutuskan Gobind berhak menerima semua elaun dan faedah sebagai Ahli Parlimen.

27 Okt. - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu melepas dan membebaskan bekas jurulatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN), Zuki Mohd. daripada tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2004, selepas membenarkan rayuannya.

28 Okt. - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Abdul Hanan Alang Endut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM59,390.60 pada hujung tahun lalu.

30 Okt. - Penjual air tebu, A. Murugan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani selepas dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari.

3 Nov. - Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mohd. Yahya Mat Sahri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi mendapatkan sumbangan dan menggunakan dokumen palsu pada tahun lalu.

3 Nov. - Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Wong Chuan How mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga tuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan pecah amanah membabitkan wang peruntukan kawasan Sungai Pelek sebanyak RM7,500.

5 Nov. - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina setelah Mahkamah Tinggi KL membenarkan permohonannya untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap defendan yang gagal melantik peguam baru.

6 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memperoleh semua dokumen penting berkaitan pendakwaan dalam kes liwat yang dihadapinya setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan beliau dibekalkan dengan dokumen berkenaan.

13 Nov. - Pengendali laman web, Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tuduhan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua lagi dalam akuan bersumpah yang diikrarkan pada 18 Jun tahun lalu.

13 Nov - Kes bunuh Pensyarah Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu tujuh tahun lalu berkesudahan dengan dua daripada tiga tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

16 Nov - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut.

18 Nov - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) awal November lalu.

1 Dis. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

3 Dis. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman penjara daripada 18 tahun kepada 12 tahun ke atas suri rumah, Yim Pek Ha yang disabitkan atas tiga tuduhan mencederakan bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat, lima tahun lalu.

10 Dis. - Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka Oi Choo Phang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas tiga tuduhan pecah amanah dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan wang RM254.85 juta.

14 Dis. - Bekas pengurus projek syarikat kontraktor, Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) kontraktor pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Law Jenn Dong, 51, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berhubung skandal PKFZ membabitkan tuntutan lebih RM116 juta.

14 Dis. - Seorang peragut, Mohd. Ariffin Anang, 26, dihukum penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen Batu Pahat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.