saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 01/01/2010

Projek 'sakit' jejas usaha atasi sekolah sesak

BALING 31 Dis. - Projek 'sakit' dan lewat disiapkan telah menjejaskan usaha Kementerian Pelajaran untuk mengatasi masalah kesesakan di sekolah selain menyukarkan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, sehingga ini, terdapat sebanyak 45 projek yang dikategorikan sebagai 'sakit' dikendalikan oleh kementerian itu, manakala sejumlah 35 projek lewat di seluruh negara.

Katanya, projek sakit berkenaan telah 70 peratus siap melibatkan pembinaan sekolah menengah dan rendah, manakala sebanyak 49 peratus sahaja siap bagi projek lewat.

"Inilah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran sehingga menjejaskan usaha mengatasi kesesakan dan pelaksanaan sekolah satu sesi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Daerah Baling dan bantuan pakaian sekolah anjuran UMNO Bahagian Baling di sini hari ini.

Seramai 267 pelajar memperoleh 5A dan 7A dalam UPSR 2009 di daerah ini.

Menurut Puad, terdapat juga pembinaan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), bagaimanapun beliau tidak dapat menjelaskan lebih lanjut mengenai projek di bawah pengawasan jabatan berkenaan.

Katanya, setakat ini, kementeriannya telah menamatkan kontrak lima kontraktor yang gagal melaksanakan projek berkenaan walaupun diberi tempoh.

Beliau berkata, kontraktor yang masih diberi peluang melanjutkan tempoh masa akan dikenakan denda harian sehingga berjaya menyiapkan projek tersebut.

"Kita mahu kontraktor yang diberi tempoh supaya siapkan kerja dengan segera," tegasnya.

Katanya lagi, Kementerian Pelajaran juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek pembinaan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan memberi keutamaan kepada murid dan pelajar miskin di luar bandar untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Menurutnya, sebanyak 28,188 murid dan pelajar yang layak, tetapi sebanyak 4,516 tempat sahaja disediakan.

"Walaupun tempat terhad, namun keutamaan akan diberikan kepada pelajar miskin," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan memperuntukan sebanyak RM3.8 bilion bagi bantuan Kumpulan Wang Amanah pelajar miskin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.