saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 01/01/2010

Ahmad Jurjani, Fadil juara


ALIMUDDIN Mohd. Dom melihat lukisan khat tradisional pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Manifestasi Perdana Seni Khat 2009 di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Ahmad Jurjani Hishamudin, 17, dari Sungai Buloh langsung tidak mengetahui apa itu kain kanvas. Namun, atas dorongan ibu-bapa dan rakan-rakan beliau menyertai Pertandingan Manifestasi Perdana Seni Khat 2009.

Bagi menyertai pertandingan itu, beliau ke kedai percetakan untuk membeli kain mencetak banting tetapi diberikan percuma oleh pekedai itu.

Dari situ, Ahmad Jurjani mencipta lukisan khat dan ia berjaya memikat juri yang memilih lukisannya itu sebagai pemenang pertandingan tersebut bagi kategori Seni Lukisan Khat Kontemporari di atas kanvas.

“Saya bersyukur atas kemenangan ini. Memang langsung tidak sangka kerana saya tidak pernah memenangi pertandingan-pertandingan besar sebelum ini.

“Apatah lagi, ia adalah kategori terbuka. Saya tidak sangka menang kerana ada peserta lain yang lebih berpengalaman,” katanya yang mula meminati tulisan khat sejak berada di tingkatan dua.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan itu yang disempurnakan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Albukhary, Mohammad Nasir Daud dan Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), Mohammed Yusof Abu Bakar.

Pertandingan itu anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia, PSKK dengan kerjasama Kumpulan Utusan, Astro Oasis dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kemenangan itu melayakkan Ahmad Jurjani menerima wang tunai RM2,500 dan sijil.

Sementara itu, seorang pelukis khat, Mohd. Fadil Sulaiman, 35, menggunakan sepenuh pengalamannya untuk muncul juara bagi kategori Seni Khat Tradisional Atas Kertas (Spontan) dan hadiah saguhati bagi kategori Seni Lukisan Khat Kontemporari atas kanvas.

Beliau mengakui terkejut dengan kemenangan itu kerana menganggap tulisan khat bagi kategori dimenanginya tidak begitu menarik.

“Namun, Alhamdulillah, juri memilih saya sebagai pemenang bagi kategori itu,” katanya yang menerima wang tunai RM2,500 beserta sijil kemenangan.

Sementara itu, pemenang tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun seni khat Naskh dan Riq’ah, Wan Mohammad Amirul Wan Rasid, 17, berterima kasih kepada gurunya yang banyak memberikan galakan.

“Seni khat sering membuatkan jiwa saya tenang. Boleh dikatakan setiap hari saya akan melukis khat,” kata pelajar Maahad Muhammadi, Tumpat, Kelantan itu.

Beliau meraih wang tunai RM1,000 beserta sijil.

Kesemua lukisan khat yang memenangi pertandingan itu akan dipamerkan di muzium berkenaan sehingga Januari depan untuk tatapan pengunjung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.