saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 02/01/2010

Cubaan seludup pasir sungai bernilai RM100,000 tumpas

JOHOR BAHRU 1 Jan. - Sebuah bot tunda yang berdaftar di Singapura ditahan setelah dikesan cuba menyeludup 3,800 tan metrik pasir sungai bernilai RM100,000 di Perairan Tanjung Piai, Pontian, kelmarin.

Penahanan itu dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan setelah mengesan bot tersebut dalam keadaan mencurigakan di perairan Kukup, Pontian.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Johor Bahru Wilayah Selatan, Komander Maritim Abdul Razak Johan berkata, bot tunda berkenaan, Cathay 15 dikesan sedang menunda Ponton CSF 2303 berisi pasir pada pukul 1.48 petang.

Katanya, berikutan itu, sepasukan anggota diketuai Laskar Kanan Maritim Azhar Salleh bersama empat anggota bertindak menahan bot tersebut.

"Pada pukul 3.40 petang bot tunda berkenaan berjaya ditahan dan siasatan mendapati bot terbabit gagal menunjukkan permit 4C untuk membawa bahan batuan dan borang Kastam (K2) untuk mengeksport bahan berkenaan.

"Bot Cathay 15 bersama ponton itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari Pulau Carey menuju ke Tuas dan permit yang dibawa adalah untuk tujuan mengeksport simen," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Abdul Razak berkata, kesemua lapan anak kapal warga Indonesia berumur antara 23 dan 40 tahun kini ditahan reman di Balai Polis Pontian untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 426 Akta Kanun Tanah Negara (AKTN) kerana mengeksport pasir tanpa kebenaran dan Seksyen 426 (1) (a) akta sama kerana bersubahat membawa bahan batuan.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.