saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/01/2010

TPM: Yakinlah kepada kerajaan tangani isu kalimah Allah

SUBANG 4 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya bertenang dan yakin dengan tindakan kerajaan dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan mingguan Gereja Katholik yang kini mencetuskan kemarahan umat Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan faham sensitiviti umat Islam itu, namun mereka tidak boleh mengambil tindakan terburu-buru berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan yang kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pejabat Peguam Negara akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly.

"Kita beri kepercayaan kepada pucuk pimpinan menangani masalah ini. Kita mahu dengan keputusan yang dibuat itu, ia tidak membangkitkan suasana marah serta menegangkan hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

"Saya faham bagi masyarakat Islam, isu ini bukan soal kalimah Allah sahaja tetapi ia dikaitkan dengan soal akidah, hukum serta tauhid. Perkara ini sememangnya amat sensitif bagi masyarakat Islam serta ia tidak boleh dipermainkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa kira-kira sejam meninjau hari sesi hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari di sini hari ini.

Muhyiddin yakin isu itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan badan-badan agama yang terlibat di samping merujuk apa yang diputuskan Mahkamah Tinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita harus faham dari segi sejarah, agama Islam dan sebagainya,'' ujarnya.

Beliau berkata, sejak beratus tahun lalu masalah itu tidak timbul dan perkembangan terbaru ini mencetuskan suasana yang harus ditangani secara bersama dan berhati-hati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.