EKONOMI
ARKIB : 05/01/2010
Elak sertai skim mata wang haram
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan skim pelaburan haram perdagangan mata wang asing yang ditawarkan syarikat tempatan atau asing.
BNM dalam kenyataannya di sini berkata, skim tersebut pada kebiasaannya menawarkan pulangan keuntungan tinggi dengan cepat.
''Kaedah operasi mereka termasuk menawarkan latihan, seminar dan bengkel secara percuma untuk menarik minat orang ramai membuka akaun perdagangan mata wang asing secara dalam talian dengan syarikat prinsipal (yang didakwa berlesen).
''Kaedah lain adalah menyediakan kemudahan untuk pelabur mengakses laman web syarikat prinsipal bagi memantau perkembangan program tersebut,'' katanya.
BNM berkata, skim tersebut turut merekrut graduan lepasan universiti sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan ahli keluarga dan kawan mereka menyertai skim tersebut.
''Skim itu juga mengkehendaki pelabur mendeposit sejumlah wang ke dalam akaun untuk memulakan pelaburan tersebut dan diminta menambahnya bagi mengelakkan kehilangan modal,'' jelasnya.
Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Mata Wang 1953 (ECA), perbuatan menjual dan membeli mata wang asing atau perkara yang melibatkan penyertaan pembelian dan penjualannya kepada orang lain selain pengedar yang dibenarkan, adalah satu kesalahan.
Peningkatan bukti kerajaan prihatin
Penerima BR1M dinasihat waspada SMS, emel palsu
Bajet 2015 pacu ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi
Pelaburan di Pulau Pinang meningkat - MIDA
Johor terima pelaburan RM18.6 bilion
Bajet: Komitmen kerajaan untuk rakyat
Gaji sektor perbankan dan kewangan tumbuh paling tinggi di Malaysia
Najib hadiri Asem 2014 di Milan
Kerajaan perlu wujudkan kembali MeCD
ECERDC tarik pelabur Singapura
BNM kumpul maklumat transaksi kad
CGT masih tidak sesuai
Usahawan bumiputera perlu ada penggerak
Wujudkan Dana Penstabilan Harga
Kerajaan, MIDA tidak pernah diskriminasi
Bajet 2015: RM1 bilion untuk PKS
MIDA dijangka lulus RM65 bilion pelaburan
Sektor francais sumbang RM25.6b kepada KDNK
GST: Kelegaan rakyat perlu diteruskan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












