saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/01/2010

Cinta itu menyakitkan - Fahrin


DUA kali menemui kegagalan dalam bercinta, Fahrin kini enggan untuk memikirkannya lagi.


BERCINTA itu amat menyakitkan namun, sesiapa sahaja memang memerlukan cinta dalam hidup termasuklah saya.

"Tetapi, buat masa ini saya sudaah letih memikirkan soal cinta. Sekarang adalah masa untuk saya utamakan tentang diri sendiri."

Itu tegas pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad tatkala bercerita mengenai nasibnya dalam bercinta yang seakan tidak memihak kepada dirinya.

Umum tahu bahawa Fahrin sudah dua kali putus cinta. Cinta pertamanya bersama Linda Onn dan seterusnya, Scha Al-Yahya.

Kedua-dua mereka pernah bergandingan bersama Fahrin untuk 'menghidupkan' suasana Sehati Berdansa selaku hos.

Namun, entah dimana silapnya, ia kini hanya tinggal kenangan pahit yang menyelimuti perjalanan sejarah cinta jejaka bertubuh sasa ini.

Sungguhpun begitu, menurut Fahrin, kegagalan dalam bercinta bukanlah membawa maksud gagal segalanya.

Ini kerana, jelasnya, meski sudah menempuh detik hitam apa yang diistilahkan sebagai bercinta, dia bersyukur kerana Allah memberikannya sedikit ruang untuk berjaya dalam hidup dan karier.

"Walaupun tidak bernasib baik (soal cinta), Alhamdulillah, nasib saya amat baik dalam hal lain.

"Sekarang ini, memang ada ruang kosong dalam diri tetapi buat pertama kali dalam hidup, saya memperoleh lebih masa untuk menyayangi diri sendiri.

"Allah itu maha adil. Syukur kerana Allah memberi saya kekuatan,'' katanya ketika ditemui media pada majlis pengumuman Fahrin sebagai jurucakap Garnier Men, produk pertama penjagaan kulit khusus untuk lelaki di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan L' Oreal Malaysia, Andrew Stanleick dan Pengarah Pemasaran Garnier, Jennifer Bay.

Garnier Men merupakan produk yang menjamin prestasi nyata dengan tiga barisan produk iaitu TurboLight Oil Control, TurboLight dan AquaFuel.

Mengulas lanjut, Fahrin berkata, dalam meniti hidup, dia kini merasakan perlu menghormati masa depannya yang tidak harus dikorbankan jika asyik memikirkan kisah lama.

Mengenai kisah percintaan bersama Scha yang putus, Fahrin menjelaskan bahawa segalanya berlaku sebelum menjelangnya Ramadan lalu.

"Waktu itu, saya tidak pernah menutup ruang untuk berbaik.

"Tetapi, selepas saya sendiri melihat kebenarannya terhadap nasib hubungan ini, saya ambil keputusan untuk tidak berbaik semula.

"Di peringkat awal, saya ingat mungkin kami tidak ada jodoh atau keserasian. Tetapi apabila masa berlalu, saya melihat sendiri kebenarannya,'' katanya.

Ditanya mengenai kebenaran yang diperkatakan, Fahrin memberitahu bahawa semua akan mengetahuinya suatu hari nanti.

Ujarnya, dirinya enggan untuk menyimpan perasaan dendam terhadap apa yang telah berlaku.

"Dengan apa yang telah berlaku, saya tidak akan rasa apa-apa atau rasa rugi. Jika anda semua ada di tempat saya, anda juga akan berasa seronok dan tertarik dengan permainan dunia," jelasnya penuh bermadah.

Tangani persepsi orang lain

Ketika diajukan persoalan mengenai wujudnya pelbagai persepsi orang lain terhadap dirinya yang telah dua kali kecewa dalam percintaan, Fahrin berkata, sebagai artis, adakalanya dia percaya kepada bercakap bila perlu serta tepat pada masanya.

"Lebih banyak bercakap, kadang kala lebih memburukkan keadaan. Oleh itu, saya akan bercakap bila perlu.

"Selagi saya kuat dan bersabar, Allah pasti akan memberikan jawapan akan segala persoalan,'' katanya.

Mengenai caranya bekerja bersama Scha sewaktu Sehati Berdansa, kata Fahrin, segalanya dilakukan secara profesional.

"Ketepikan soal emosi dan peribadi,'' jawabnya ringkas.

Jurucakap Garnier Men

Sementara itu, Fahrin ketika diajak berbicara mengenai peluangnya menjadi jurucakap Garnier Men berkata, dia telah menerima tawaran tersebut awal Disember lalu.

Namun, jelasnya, kerja-kerja untuk penggambaran iklan televisyen telah diadakan pada 20 November di Bangkok, Thailand.

Dengan pelantikan Fahrin selaku jurucakap, dirinya akan menyertai 'kelab' jurucakap antarabangsa yang lain seperti dari Thailand dan India.

"Saya cukup berbangga kerana ini adalah satu penghargaan buat saya.

"Sebelum terpilih, pihak Garnier Men telah mengadakan beberapa siri mesyuarat. Mereka memberi saya mencuba produk terlebih dahulu.

"Ia sangat menepati keperluan saya. Dalam masa dua ke enam minggu, saya nampak perbezaannya terhadap wajah,'' katanya.

Selain Garnier Men, Fahrin juga sebelum ini dipilih sebagai jurucakap Celcom, Shell dan Majlis Aids Malaysia.

Ditanya mengenai pembahagian masanya untuk kerjaya dan mengikuti siri promosi produk selaku jurucakap, Fahrin berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah kerana kesemua yang bekerja di bawah jenama berkenaan adalah golongan yang sangat profesional.

"Mereka ada perancangan jadual dan cukup teratur,'' tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.