saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 05/01/2010

KDN kemuka rayuan

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Notis rayuan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya kira-kira pukul 4 petang ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataannya berkata, KDN juga akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi itu.

"KDN memfailkan petisyen rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan membenarkan perkataan Allah dalam penerbitan berkenaan hari ini dan akan memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi,'' katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said ketika dihubungi mengesahkan, notis rayuan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya kira-kira pukul 4 petang ini.

Beliau turut memaklumkan, permohonan bagi menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi itu akan difailkan di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini esok.

Pada 31 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly dengan alasan gereja itu berhak berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam penghakimannya, beliau memutuskan bahawa mengikut Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Gereja Katolik mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan itu bagi tujuan tunjuk ajar dan pendidikan penganut agama Kristian.

Menurut Bee Lan, bukanlah satu kesalahan bagi seseorang yang bukan Islam menggunakan perkataan itu untuk menyebarkan agama selagi ia tidak digunakan terhadap seorang Muslim.

Beliau turut menyatakan tiada bukti dikemukakan bagi menunjukkan bahawa penggunaan kalimah 'Allah' boleh mengganggu ketenteraman awam.

Mahkamah Tinggi memutuskan demikian semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam pada 16 Februari lalu dengan menamakan KDN dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan 'Allah' dalam Herald - The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan itu oleh penerbitan tersebut atas alasan demi keselamatan negara dan mengelakkan salah faham serta kekeliruan di kalangan orang Islam.

Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi God dalam bahagian bahasa Malaysia.

Perkataan 'Allah' digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama Kristian di Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya bertutur dalam bahasa Malaysia.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.