saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 05/01/2010

Kenaikan harga gula, rokok untuk gaya hidup sihat

GULA dan rokok adalah dua barangan pengguna yang diperlukan mengikut kemahuan masing-masing dan secara kebetulan kedua-kedua barangan itu mengalami kenaikan harga jualan mulai 1 Januari 2010.

Kenaikan harga kedua-dua item itu telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pengguna dan ternyata ia memberi impak yang besar kepada pengguna serta peniaga.

Peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mereka atas alasan kos pembelian gula telah naik manakala pengguna pula terpaksa membayar lebih untuk menikmati juadah yang diidamkan. Teh tarik dan kuih muih pastinya akan dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Dan seperti yang dijangkakan, kini sudah mula kedengaran isu bekalan gula kehabisan stok disebabkan pengguna yang panik dan peniaga mula menjual dengan harga yang lebih tinggi daripada yang telah ditetapkan. Gula dan rokok sememangnya adalah dua barangan yang sangat berbeza baik dari segi fizikal mahupun dari segi fungsinya kepada kita.

Satu perspektif yang menarik untuk dikupas adalah dari aspek kesihatan akibat daripada ketagihan rokok dan penggunaan gula yang berlebihan di mana kedua-duanya memberi kesan negatif kepada pengguna. Bilangan rakyat Malaysia yang mengalami pelbagai komplikasi penyakit kronik dan masalah kesihatan akibat merokok dan penggunaan gula berlebihan semakin meningkat.

Kadar pesakit diabetis di Malaysia akibat daripada pengambilan gula dijangka akan meningkat kepada 1.3 juta orang pada tahun 2010. Merokok pula dikatakan menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun di negara kita dengan 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut.

Sebanyak 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing. Jelas kedua-dua barangan itu lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna berbanding kebaikan mahupun kesan positif.

Kedua-duanya bertindak sebagai 'pembunuh senyap' rakyat negara ini. Tahap kesedaran pengguna akibat daripada kesan pengambilan gula yang berlebihan dan merokok masih dikatakan cetek dan merisaukan. Buktinya, bilangan perokok semakin meningkat walaupun hampir setiap tahun harga rokok mengalami kenaikan. Gula pula tetap menjadi keperluan utama, malah kita seolah-olah tidak boleh hidup tanpa gula.

Kempen 'Tak Nak Merokok' dan 'Hari Tanpa Gula' dilihat masih belum cukup untuk menyedarkan pengguna. Walaupun pihak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan menggunakan pelbagai media dan saluran untuk menghebahkan kesan buruk merokok dan pengambilan gula berlebihan, namun ia juga masih belum mampu menyedarkan rakyat kita.

Sementelah, kenaikan harga gula dan rokok bukanlah sesuatu yang baru untuk kita. Kita sudah terbiasa dengan fenomena kenaikan harga kedua-dua barangan itu, malah harga rokok misalnya dinaikkan hampir setiap tahun sebagai usaha untuk mengurangkan jumlah perokok di negara kita.

Walaupun kesan kenaikan ini pelbagai mengikut kumpulan pengguna masing-masing, namun kita masih boleh membicarakan persamaan yang wujud antara kedua-dua barangan tersebut. Apakah persamaan yang wujud antara kedua-duanya yang boleh kita jadikan iktibar?

Ternyata kali ini, kita dapat melihat dua persamaan yang ketara. Pertama, kedua-duanya mengalami kenaikan harga pada tarikh yang sama iaitu 1 Januari 2010. Satu mesej yang cukup mendalam menjelang tahun baru. Kedua dan yang paling penting adalah rokok dan gula membawa kemudaratan yang besar kepada kesihatan pengguna. Maka apakah pilihan pengguna antara gula dan rokok? Sebenarnya pilihan adalah di tangan pengguna itu sendiri.

Pengguna boleh memilih untuk mengurangkan kadar penggunaan harian gula dalam makanan dan minuman mereka dan pengguna juga boleh memilih untuk berhenti merokok atau sekurang-kurangnya mengurangkan bilangan batang rokok yang dihisap setiap hari berbanding sebelum ini. Jelas sekali, kedua-dua pilihan itu amat menguntungkan pengguna baik dari segi kos mahupun dari aspek kehidupan yang lebih sihat.

Dalam pada itu, kita wajar menjauhi dan menghindari kedua-keduanya seoptimum yang boleh demi kehidupan yang lebih sihat dan sempurna. Oleh yang demikian, kenaikan harga kedua-dua barangan itu perlu dilihat dalam perspektif dan sudut yang lebih positif dan meluas tanpa sebarang prejudis dan prasangka negatif.

Justeru, buanglah rasa marah dan tidak puas hati kerana harga barangan itu dinaikkan, sebaliknya pengguna wajar buka minda dan melihat kesan baik jika dapat mengurangkan penggunaan kedua-dua barangan tersebut. Bersempena dengan fajar tahun baru 2010 ini, marilah kita sama-sama menanam azam untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan produktif.

Lupakan sejenak hal kenaikan harga, fikirkan kesan baik jika tidak merokok dan jika dapat mengurangkan kadar pengambilan gula.

Berkorbanlah sedikit hari ini untuk masa depan yang lebih sihat dan sempurna. Sesungguhnya negara kita memerlukan modal insan yang sihat dan cergas untuk terus memacu kegemilangan negara bagi mencapai wawasan 2020 yang cuma berbaki 10 tahun sahaja lagi.

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED

Serdang, Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.