saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/01/2010

Mana Yasmin dapat duit terbit filem RM3.5 juta?


PARA pelakon Cempaka (dari kiri) Aaron Aziz, Hairie Othman, Suhaila Salam dan Iqbal selepas pelancaran filem itu di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.


BELUM pun sampai setahun filem pertama lakonannya berjudul Jalang ditayangkan di pawagam, Yasmin Khanif kini sudah mengorak langkah ke bidang baru iaitu sebagai penerbit filem menerusi syarikatnya, Yasmin Khanif Production.

Pelakon jelita berusia 21 tahun itu kini sedang dalam proses menerbitkan filem sulung terbitannya berjudul Cempaka yang bakal diarahkan oleh pelakon Hairie Othman.

Apa yang mengejutkan, kos penerbitan filem sulung produksinya itu mencecah RM3.5 juta!

Menurut Yasmin, dia tidak menafikan pembabitannya dalam dunia penerbitan filem yang membabitkan kos yang tinggi menimbulkan persoalan di kalangan banyak pihak.

Bahkan, ramai yang bertanya Yasmin bagaimana begitu pantas dia bergelar penerbit.

Tidak kurang ada yang mempersoalkan mana dia memperoleh modal untuk menerbitkan filem sulung.

"Sebetulnya saya bukannya menerbitkan filem itu sendirian sebaliknya, banyak pihak yang membantu termasuk Datuk Ismadi Mohd. Shariff (PTM Bits Media JV Sdn. Bhd.) dengan kerjasama De Baron Production serta dr. Movie Production Sdn. Bhd.

"Datuk Ismadi merupakan antara penyumbang terbanyak dalam usaha saya untuk menerbitkan filem tersebut. Selain itu, penerbit filem Jalang, Imran Ismail turut banyak membantu saya," katanya menjawab tanda tanya banyak pihak.

Yasmin yang ditemui pada majlis pelancaran Cempaka di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, selain bertindak selaku penerbit, dia juga akan berlakon sebagai Cempaka dalam filem yang menjalani penggambarannya di Kuala Lumpur dan Sik, Kedah itu.

Cempaka berkisar masalah kecelaruan identiti watak seorang wanita bernama Cempaka turut menampilkan pelakon popular antaranya Aaron Aziz, Iqbal dan Suhaila Salam.

Karya berkenaan katanya, merupakan pelaburan jangka panjangnya dalam bidang tersebut.

"Pada masa depan saya mahu terus menerbitkan filem. Sebab itu, saya berharap Cempaka mendapat sambutan," ujarnya lagi.

Pada masa sama, sewaktu diajukan persoalan sejauh mana hubungan intimnya dengan Presiden PTM Bits Media JV Sdn. Bhd. yang juga ahli koporat berjaya, Yasmin enggan mengulas lanjut dan menganggapnya sebagai rakan kongsi dalam bidang yang diceburinya itu.

Sementara itu, Ismadi Mohd. Shariff ketika ditemui Hits selepas majlis pelancaran Cempaka berkata, beliau berani melaburkan sejumlah wang yang besar bagi membiayai filem itu kerana menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap Yasmin.

"Saya melihat Yasmin seorang yang boleh buat kerja termasuklah dalam bidang penerbitan filem. Saya juga lihat dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam kerjanya. Saya bukan sahaja menaruh keyakinan kepada Yasmin tetapi mahu membuat pelaburan baru.

"Sebelum ini bidang kerjaya saya lebih kepada pembangunan perumahan. Diharap saya dapat meneroka satu lagi bidang dan ia boleh memberi kepuasan kepada saya," jelasnya yang enggan bergambar dengan Yasmin bagi mengelakkan timbulnya gosip liar pada masa depan.

Menariknya, Cempaka bukan sahaja filem pertama terbitan Yasmin, malah ia juga merupakan filem sulung arahan Hairie yang sebelum ini popular sebagai pelakon drama dan filem.

Jelas pelakon dan pengarah berusia 38 tahun ini, dia mengambil keputusan menceburi bidang pengarahan bagi mencuba sesuatu yang baru dalam kariernya selepas terbabit dalam bidang lakonan sejak kira-kira 15 tahun lalu.

"Sudah 15 tahun saya menjadi pelakon, jadi sudah sampai masanya saya beralih mejadi pengarah pula. Apatah lagi, saya pula macam sudah dikategorikan 'suam-suam kuku' dan sudah 'senja' dalam bidang lakonan.

"Walaupun masih baru dalam bidang lakonan tetapi saya mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman. Misalnya Pengarah Fotografi terkenal, Mohd. Noor Kassim dan juga krew terbabit," katanya.

Filem genre seram itu antara lain memaparkan balasan yang akan diterima oleh seseorang akibat dosa-dosa yang telah mereka lakukan sewaktu penghujung hayat merupakan cabaran buat Hairie.

Ini kerana, sebagai filem pertama arahannya, Hairie sudah bersedia dengan penerimaan para peminat apatah lagi Cempaka diinspirasikan daripada kisah-kisah yang sering diceritakan dalam masyarakat.

"Kisah yang ingin saya paparkan dalam filem ini memang banyak berlaku dalam masyarakat. Contohnya, kisah seorang lelaki yang bertukar jantina dan kesan-kesan balasan yang mereka alami atas dosa tersebut. Walaupun ia berlaku tetapi kita belum pasti sejauh mana kebenarannya.

"Sebagai pengarah filem baru saya hanya mencuba bakat saya dalam bidang ini. Sebagai filem pertama saya sudah bersedia untuk menerima maklum balas daripada penonton," ujarnya lagi.

Para pelakon lain yang akan membintangi Cempaka yang mula menjalani penggambarannya awal bulan ini ialah Faizal Hussein, Sabre Fadzil, Eizlan Yusof dan Azhar Sulaiman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.