saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/01/2010

Mansor Puteh: Dokumentari Tunku yang tak laku-laku

PENGKRITIK dan pengarah filem, Mansor Puteh sedang berserabut. Seserabut wajahnya dan rambutnya yang kusut masai. Filem dokumentarinya yang telah siap mengenai kisah dan riwayat Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih tergantung tanpa bertali. Finas yang menaja projek dokumentari 48 minit bertajuk Residency Years atau Bertahun di Residensi masih enggan meluluskannya untuk tayangan.

RTM yang sepatutnya menayangkannya juga menunggu kelulusan Finas.

Nampaknya belum pun dokumentari itu (disebut doko) disiar di televisyen ia telah banyak mencetuskan perbalahan. Dalam bahasa akademik ia disebut polemik.

Pelbagai alasan diberikan; antaranya dikatakan kualitinya yang rendah, kecatatan teknikal serta fakta-fakta mengenai Tunku yang dipertikaikan. Mansor, bekas pelajar perfileman dari Universiti Columbia, New York sekitar 70-an sedang berperang dengan hujahnya. Beliau tidak akan beralah, walaupun doko itu akhirnya dibakul-sampahkan.

Finas dan RTM tidak boleh menerima cara pengarahan Mansor. Mungkin cara yang diamalkan oleh agensi itu terlalu konvensional? Mansor lain dari yang lain.

Saya yang sudah melihat doko itu melalui DVD demo yang diberikan olehnya kepada saya mempunyai pandangan yang berbeza. Walaupun saya bukanlah pengkritik filem, saya amat tertarik dengan cara pengarahan filem itu.

Sebagai penonton biasa (yang tahu sedikit sahaja mengenai teknik pengarahan filem), saya jatuh hati dan mengikuti doko itu sehingga ke credit linenya. Olahannya bersantai, lari daripada dokumentari lazim yang disiarkan RTM.

Kita seolah-olah berada dalam satu perjalanan catatan peribadi (personal diary) Mansor. Memang benar doko itu dibuat berdasarkan pengalaman peribadi Mansor dengan Tunku. Kakak Mansor berkahwin dengan anak angkat Tunku dan menetap di kediaman rasmi Tunku (Residensi) ketika itu. Mansor juga semasa cuti sekolah di zaman itu akan bertandang dan menetap di bahagian belakang kediaman rasmi Tunku itu.

Selain unsur fakta nyata, ia juga diselitkan dengan fakta mengenai kehidupan pengarah itu dalam keluarga Tunku yang tidak diketahui ramai.

Sebaik sahaja menyaksikan DVD demo doko itu kira-kira tiga bulan lalu, saya menelefonnya menyatakan puas hati saya dengan dokumentari beliau itu. Saya tertarik dan terhibur kerana banyak kisah mengenai Tunku yang saya tidak pernah melihat sebelum ini. Selain suara Tunku hasil wawancara Mansor dengan almarhum, gambar-gambar lama yang tidak pernah disiarkan di mana-mana sebelum ini juga terdapat dalam doko itu.

Kisah beliau terbang ke England untuk menjejaki universiti Tunku di Cambridge dan ke rumah penginapan zaman persekolahan Perdana Menteri pertama itu tidak pernah dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini. Ia adalah eksklusif daripada Mansor kepada kita semua.

Kita dengar suara Tunku bercakap tentang pengalamannya belajar di England pada tahun 1916 dan masuk ke St. Catharine's College di Universiti Cambridge dan bagaimana beliau menaruh minat terhadap penulisan skrip dan menghasilkan filem-filem seperti Mahsuri dan Raja Bersiong.

Mendengarkan suara Tunku terasa dia seperti masih bersama kita. Suaranya kuat dan bersemangat walaupun beliau telah meninggalkan kita 20 tahun lalu.

Inilah sebuah dokumentari yang penting; ia berjaya membuat orang mengenang Tunku.

Dan apa gunanya untuk Finas gentar dengan polemik yang dicetuskan tentang dokumentari ini? Ia adalah rempah ratus sesebuah dokumentari yang baik.

Dokumentari yang tidak baik, tidak mencetuskan polemik. Ia mati sebaik sahaja disiarkan. Apa guna buat dokumentari kalau ia tidak mencetuskan perbalahan atau polemik? Hasil itu akan disiar dan dilupai.

Tetapi berbeza dengan doko Bertahun di Residensi ia telah berjaya menarik perhatian media dan awam, sebelum pun ia disiarkan.

Dokumentari ini telah berjaya menarik perhatian media. Tentu ramai yang mahu menontonnya dan kalau ada perbalahan pasca-siaran tidakkah ini baik?

Yang pasti sekarang orang awam sedang menunggu untuk menyaksikannya. Apa kata Finas? RTM?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.