saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/01/2010

Cun temukan semula Maya dan Remy


BARISAN pelakon filem Cun (dari kiri) Faezah Elai, Kartina Aziz, Mohd. Erzan Shahwira, Maya Karin, Remy Ishak dan Nadia Nisha.


SETELAH berjaya mengegarkan pentas teater melalui Natrah, Maya Karin dan Remy Ishak bergandingan sekali lagi.

Kali ini bukan di pentas teater. Peminat bakal menyaksikan gandingan mantap kedua-dua pelakon ini dilayar perak melalui filem terbaru arahan Osman Ali.

Filem komedi romantik Cun terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd., yang memulakan penggambaran sejak penghujung Disember lalu ini memilih lokasi-lokasi indah di negeri Kedah untuk dipaparkan di layar perak.

Sebelum ini, Maya dan Remy pernah berlakon di bawah arahan Osman Ali dalam filem Anak Halal. Namun ketika itu, Remy hanya membawa watak pembantu manakala Maya menjadi pelakon utama di dalam filem tersebut.

Menurut Osman, skrip untuk filem ini telah siap sejak setahun yang lalu dan kawasan sawah padi di negeri Kedah sentiasa bermain di fikirannya sewaktu menulis skrip itu.

"Maya dan Remy memang menepati kriteria utama yang diperlukan di dalam filem ini dan chemistry antara mereka melalui teater Natrah dipanjangkan ke dalam filem ini.

"Tajuk filem ini juga masih belum diputuskan dan tajuk Cun ini digunakan buat sementara waktu sebelum saya mendapat ilham untuk tajuk filem ini," ujarnya ketika ditemui di Hotel Regency, Alor Setar di sini baru-baru ini.

Osman memberitahu, setelah muncul dengan filem seram Puaka Tebing Biru, serta Anak Halal, dia ingin mempelbagaikan genre filem yang diarahkannya.

"Filem ini berbeza dengan filem-filem yang pernah saya arahkan kerana ini adalah filem komedi romantik yang pertama arahan saya.

"Selain daripada kisah cinta, filem ini juga sarat dengan mesej-mesej kekeluargaan yang tersirat. Saya pasti selepas menonton filem ini mereka yang tinggal di bandar akan terasa ingin segera pulang ke kampung," katanya.

Jelas Osman, filem ini telah 30 peratus selesai dan penggambaran dijangka tamat sekitar Januari ini.

"Selain Kedah, penggambaran filem ini juga dibuat di Kuala Lumpur serta Kuala Perlis, Perlis.

"Saya yakin Cun akan dapat ditonton di pawagam pada Ogos ini dan para penonton pasti akan teruja dengan jalan cerita dan kisah yang dipaparkan di dalam filem ini," ujarnya.

Bagi Maya, peluang untuk berlakon di bawah arahan Osman memang sentiasa di nanti-nantikan.

Tambahan pula, watak sebagai Luna Latisya di dalam filem ini juga adalah watak yang berbeza dengan watak-watak berat yang sinonim dengan Maya.

"Setelah muncul sebagai Bella dalam filem Pisau Cukur, saya mendapat maklum balas yang baik daripada para peminat yang suka melihat saya membawa watak-watak yang ringan.

"Saya juga ingin mempelbagaikan watak dan tidak mahu peminat hanya melihat saya membawa watak yang serius sahaja," katanya.

Ujarnya, dia jatuh cinta pada filem ini sebaik sahaja membaca skrip buat pertama kali dan dia amat gembira kerana berpeluang tinggal di kawasan sawah padi di Kedah.

"Saya suka suasana sawah padi di Kedah dan kalau boleh saya mahu tinggal di sini lagi. Sayangnya penggambaran masih ada dan saya kena balik ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikannnya," ujar Maya.

Remy yang diberi tanggungjawab membawa watak Atan, budak kampung yang hidup bergelumang dengan lumpur dan bekerja di bendang, tidak menghadapi masalah untuk menjiwainya.

"Selain itu, Atan yang dibesarkan oleh Tok Chah (Kartina Aziz) juga memerlukan saya bercakap loghat Kedah dan nasib baik saya pernah tinggal di sini sewaktu kecil dan masih ingat loghat utara," katanya.

Di dalam filem ini, ujar Remy, dia menjadi anak kampung yang tidak pernah ke bandar dan pertemuannya dengan Luna, seorang pengacara progam realiti gosip Meletups dari bandar membuka lembaran baru dalam diri Atan.

"Atan dan Luna datang dari dua dunia yang berbeza, mereka bertemu dan jatuh cinta namun mereka keliru dengan hati dan perasaan masing-masing.

"Dan untuk melihat bagaimana pengakhiran kisah ini, penonton perlu datang dan lihat sendiri filem ini di pawagam nanti," katanya.

Selain Maya dan Remy, filem ini turut dibintangi oleh Ning Baizura, Kartina Aziz, Faezah Elai, Jehan Miskin, Nadia Nisha dan Mohd. Erzan Shahwira.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.