saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/01/2010

'Bukan kerana ilmu guna-guna'

PUTRAJAYA 7 Jan. - Punca kebanyakan gadis Melayu mengikut teman lelaki warga Indonesia ke Lombok di Mataram bukan disebabkan ilmu guna-guna.

Pegawai Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Fadzil Rahman berkata, hasil temu ramah pihaknya yang sempat berkunjung ke wilayah itu baru-baru ini mendapati kebanyakan gadis terbabit berbuat demikian atas dasar cinta dan sukarela.

Katanya, rata-rata gadis Melayu warganegara Malaysia itu di bawah umur menyebabkan mereka mudah terpedaya dengan janji manis oleh pemuda Lombok yang merantau di negara ini.

"Dianggarkan terdapat sekitar 500 hingga 600 gadis Melayu di sana. Ada yang hendak kembali ke Malaysia kerana sengsara dengan kehidupan yang susah di sana.

"Ada juga yang tidak mahu balik kerana sudah beranak-pinak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan ingatan seorang pembaca agar kerajaan tidak membenarkan 'penjajahan budaya' Indonesia di negara ini dengan menyajikan drama, lagu atau sebarang berita hiburan artis seberang.

Pembaca yang dikenali sebagai Azman Mamat dari Kampung Marhum, Pekan, Pahang juga berkongsi masalah yang dihadapi oleh seluruh ahli keluarganya akibat sikap warga Indonesia yang tidak tahu mengenang budi.

Ini kerana sudah enam tahun keluarganya dalam kesedihan setelah anak sulung perempuan keluarga itu dilarikan oleh seorang warga Indonesia ke Lombok.

Warga Indonesia terbabit merupakan pekerja kontrak yang membantu membuat pagar di rumah keluarga pembaca berkenaan.

Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO diketuai oleh Exco pergerakan itu, Datuk Khairun Aseh.

Baru-baru ini, biro berkenaan berjaya membawa pulang seorang wanita Malaysia yang melarikan diri bersama teman lelakinya warga Indonesia ke Lombok beberapa tahun lalu tetapi meminta bantuan untuk kembali kerana tidak tahan dengan kesengsaraan hidup di sana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.