saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 09/01/2010

Bicara kes Maria Tunku Sabri 27 September

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Kes saman RM5.5 juta yang dikemukakan oleh personaliti TV3, Maria Tunku Sabri terhadap seorang ahli perniagaan yang gagal menunaikan janji untuk menikahinya akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini selama dua hari mulai 27 September akan datang.

Tarikh tersebut ditetapkan semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Noor Azian Shaari di kamar beliau hari ini.

Beliau sebelum itu memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan ikatan dokumen terdiri daripada tuntutan saman, fakta yang dipersetujui dan tidak dipersetujui serta pernyataan saksi-saksi.

Peguam Sangeet Kaur Deo ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan memanggil Maria, 40, selaku plaintif sebagai saksi sementara peguam Akbardin Abdul Kader yang mewakili defendan, Datuk Wan Johani Wan Hussin, 57, akan mengemukakan dua orang saksi.

Pada 2004, pengacara program 'Jalan-Jalan Cari Makan' itu memfailkan saman bagi menguatkuasakan penyelesaian perjanjian agar Wan Johani membayarnya pampasan RM5.5 juta setelah gagal menunaikan janji untuk menikahinya.

Namun defendan menyatakan, perjanjian tersebut tidak sah memandangkan Maria tiada kapasiti untuk membuat tuntutan berkenaan kerana sudah berkahwin pada masa itu.

Dalam kenyataan pembelaan, Wan Johani turut mendakwa bahawa perjanjian itu tidak sah 'kerana terdapat unsur-unsur paksaan dan ugutan daripada Maria'.

Bagaimanapun pada 22 Februari 2008, Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi menggugurkan saman tersebut selepas berpuas hati bahawa kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana kedua-dua pihak beragama Islam dan isu yang dibangkitkan melibatkan perkahwinan.

Maria turut gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan apabila panel tiga hakim pada 8 Ogos 2008 berpuas hati bahawa tuntutan Maria perlu ditolak kerana tidak wajar bagi seorang wanita yang telah bernikah, mengahwini lelaki lain.

Namun pada 24 Jun tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Maria merayu kerana terdapat perkara baru dan belum pernah diputuskan sebelum ini selain memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.