saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/01/2010

Penduduk bersyukur


Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin dan isteri, Norainee Abdul Rahman bersama para pemimpin UMNO menyanyikan lagu Juara Rakyat selepas melancarkan Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam. - BERNAMA


HULU SELANGOR 9 Jan. - Para penghuni flat di Bandar Bukit Sentosa di sini berkata, peruntukan RM15.6 juta untuk membaik pulih kediaman mereka seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini telah menceriakan kembali hidup mereka.

Rata-rata penghuni flat Seri Anggerik dan Seri Cempaka berpendapat, peruntukan untuk membaik pulih 5,000 unit kediaman seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan menyebabkan mereka boleh "tidur lena sekalipun ketika hujan lebat".

Seorang suri rumah, Khamsiah Abdul Manap, 40, berkata, sejak lima tahun lalu, dia dan ahli keluarganya perlu mengelap lantai rumah yang dipenuhi air setiap kali hujan.

"Ada kalanya, tangan saya melecet kerana perlu mengelap lantai yang dimasuki air sehingga penuh dua baldi akibat hujan. Insya-Allah lepas ini kami harap semuanya akan kembali pulih,'' katanya kepada Mingguan Malaysia.

Najib sewaktu merasmikan Program Juara Rakyat anjuran UMNO hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM15.6 juta bagi membaik pulih 52 blok rumah pangsa di sekitar kawasan Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa di sini.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati kerja-kerja pembaikan dan pemasangan bumbung telah bermula di beberapa unit flat Seri Cempaka hari ini.

Menurut penduduk, masalah kebocoran pada bumbung rumah-rumah pangsa tersebut berlaku sejak lima tahun lalu dan tiada pihak tampil menghulurkan bantuan.

Seorang penduduk, Sarimah Puasa, 49, menjelaskan, kerja mengelap dinding dan lantai rumah adalah kemestian setiap kali hujan.

"Jika saya atau ahli keluarga yang lain tidak mengelapnya, pasti dinding rumah kami berlumut,'' katanya.

Norpadzilah Abdul Rahim, 26, pula berkata, dia sangat bersyukur kerana kerja-kerja membaiki bumbung unit kediamannya telah dimulakan sejak beberapa hari lalu.

"Saya harap selepas ini tiada lagi masalah air meresap dari atas sehingga membuatkan dinding rumah saya berlumut. Terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.