saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 10/01/2010

Pahang sasar turunkan denggi

KUANTAN 9 Jan. – Jabatan Kesihatan Pahang yakin mencapai sasaran untuk menurunkan jumlah kes denggi di negeri ini sehingga 800 kes pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, keyakinan itu berdasarkan penurunan sehingga 891 kes denggi pada tahun lalu berbanding 1,237 kes pada tahun 2008.

Menurutnya, penurunan tersebut adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak dan kesedaran penduduk terhadap bahaya denggi.

‘‘Sasaran ini penting memandangkan masyarakat semakin peka dalam membantu mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan tempat tinggal masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Khai Mun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut berkata, penubuhan program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dianggap mencapai matlamatnya dalam memastikan perebakan wabak denggi dapat ditangani dengan baik.

Katanya, ia dapat dilihat apabila kawasan yang selama ini mempunyai kadar kes denggi yang tinggi, berjaya dikurangkan selepas penubuhan COMBI.

‘‘Sedangkan kawasan yang belum mempunyai COMBI, kekal sebagai kawasan yang mempunyai kadar kes denggi yang tinggi,” jelasnya.

Beliau menambah, usaha proaktif Jabatan Kesihatan yang menjalankan kerja-kerja penyemburan dan pemeriksaan berterusan juga merupakan faktor penurunan kadar kes denggi.

‘‘Program Cari dan Musnah yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan juga berkesan dalam memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Dalam pada itu, Khai Mun memberi amaran kepada penduduk yang membiarkan kediaman mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Tegas beliau, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan iaitu denda tidak lebih RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.