saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/01/2010

Melaka mohon kereta api elektrik

ALOR GAJAH 10 Jan. - Melaka meminta kerajaan Pusat agar membina landasan kereta api elektrik berkembar menghubungkan Pulau Sebang di sini dan pusat bandar negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Melaka memerlukan kemudahan pengangkutan yang lebih efisien khususnya bagi laluan ke pusat bandar selaras dengan statusnya sebagai negeri pelancongan terkenal di negara ini.

"Sekiranya permohonan ini diluluskan oleh kerajaan, ia akan memudahkan orang ramai dan pelancong untuk bercuti ke negeri ini dan tidak terlalu bergantung kepada kemudahan pengangkutan awam lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas di Stesen Pulau Sebang di sini hari ini.

Projek yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM3.4 bilion itu menghubungkan Seremban hingga Gemas, Johor melalui Melaka iaitu Pulau Sebang dan Tampin sejauh 98.261 kilometer.

Ia dibangunkan oleh sebuah syarikat kontraktor dari India, Ircon International Railway. Kerja-kerja projek tersebut telah bermula pada Oktober 2008 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai 2012.

Kos pembinaan landasan berkembar kereta api di Stesen Pulau Sebang dan Batang Melaka ialah sebanyak RM1.2 bilion membabitkan kerja-kerja menaik taraf stesen serta pembinaan restoran.

Selain itu, Mohd. Ali turut meminta agar diwujudkan kemudahan kereta api laju di negeri ini bagi meningkatkan lagi rangkaian pengangkutan sedia ada untuk ke Melaka.

Kata beliau, menerusi kemudahan dan peningkatan tahap sistem pengangkutan ini, Melaka akan lebih mudah dikunjungi oleh pelancong sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan negeri pada masa depan.

Sementara itu, beliau memberitahu, pelaksanaan projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas di negeri ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual.

Katanya, proses pengambilan tanah di kedua-dua stesen kereta api terlibat membabitkan kawasan seluas kira 146 hektar juga telah selesai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.