saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/01/2010

Aizat juara Anugerah Juara Lagu Ke-24


Aizat menerima tepukan tahniah daripada Rais Yatim selepas menyampaikan hadiah kepada Juara Anugerah Juara Lagu ke-24 malam tadi. Turut kelihatan Datin Masnah Rais dan Farid Ridzuan.


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) memperlihatkan kehebatan lagu Pergi nyanyian Aizat apabila dinobatkan sebagai juara pada pertandingan yang berlangsung di Stadium Putra di sini malam ini.

Hasil kolaborasi mantap komposer dan penulis lirik iaitu Pete Teo dan Amran Omar melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 beserta trofi.

Aizat pula yang memberikan persembahan cukup menarik pada acara terbitan TV3 itu memenangi kategori Persembahan Terbaik.

Dalam kategori itu, menerusi lagu Kau Aku, Aizat berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, lagu nyanyian Yuna berjudul Dan Sebenarnya pula meraih kedudukan naib juara.

Untuk itu, Yuna yang juga komposer dan penulis lirik lagu berkenaan membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.

AJL24 turut memperlihatkan kecemerlangan lagu Bencinta nyanyian Faizal Tahir apabila meraih tempat ketiga.

Lagu ciptaan Audi Mok dan penyanyi itu sendiri meraih wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Kesemua hadiah utama disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sambil diiringi Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Vokal mantap sewaktu menyampaikan lagu Aku Rindu Sayang Kamu pula melayakkan Black memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kesemua pemenang diadili oleh juri profesional iaitu Hazami dan Dr. Syed Ahmad Faisal Al-Attas atau Pacai bagi aspek komposisi lagu, manakala Dr. Wan Zawawi dan Fatimah Abu Bakar bagi penulisan lirik.

Sementara itu, senarai juri bagi kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik pula ialah Datuk Siti Nurhaliza, Zainal Abidin dan Farid sendiri serta Fauzi Marzuki selaku ketua juri.

AJL24 turut diserikan dengan persembahan mantap Siti Nurhaliza bersama Azlan & The Typewriter yang membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Untukmu.

Selain itu, Datuk Jeffrydin & Siglap 5, Jay Jay, Search dan Meet Uncle Hussain turut membuat persembahan pada malam itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.