saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 11/01/2010

9,631 rumah rakyat siap dibina

KOTA KINABALU 10 Jan. - Sebanyak 9,631 unit rumah rakyat membabitkan kos RM601 juta berjaya disiapkan sejak 10 tahun lalu di beberapa daerah di negeri ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, 8,658 unit lagi sedang giat dibina di 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Sabah.

"Antara projek yang telah siap ialah PPR Jalan Sagindai di Kinarut, PPR Batu 4 (Lahad Datu), PPR Balung (Tawau), PPR Telipok (Sepanggar), PPR Telipok Ria (Sepanggar), PPR Kampung Warisan (Inanam), PPR Jalan Utara (Sandakan), PPR Gum-Gum (Sandakan) dan PPR Pekan di Beluran.

"Ini bukti komitmen berterusan kerajaan membantu rakyat sejajar gagasan 1Malaysia," katanya selepas melawat projek PPR Kionsom Besar di Inanam dekat sini semalam.

Turut hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Menurut Cho Ha, semua 24 projek yang siap dan sedang dilaksanakan itu melibatkan peruntukan RM1.2 bilion.

Dalam pada itu, katanya, beliau berharap pembinaan projek PPR di negeri ini pada masa akan datang turut mengambil kira lokasi bagi memberi keselesaan kepada penghuni.

Selain itu, katanya, pihak terbabit juga harus memastikan setiap pembinaan mempunyai keperluan utiliti yang baik seperti elektrik dan bekalan air.

"Kita sentiasa prihatin tentang keperluan rumah rakyat di Sabah tetapi pada masa sama ia perlu dibuat di kawasan sesuai.

"Jika lokasi tidak baik mungkin apabila rumah siap ia tidak menarik dan kumpulan sasaran mungkin tidak mahu pindah," katanya.

Mengulas lawatan ke PPR Kionsom Besar yang belum dapat disiapkan sejak 2003 beliau berkata, kontraktor baru telah dilantik.

Katanya, projek yang telah menelan belanja kira-kira RM30 juta oleh kontraktor asal tersebut dijangka disiapkan pada pertengahan tahun depan.

"Projek ini melibatkan kos RM48 juta dan merupakan usaha kementerian bagi menyiapkan baki kerja mereka bentuk, membina dan menyiapkan 1,000 unit rumah," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.