saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/01/2010

Era mahu rampas nombor satu


ADITYA Thakur (kanan), Rizal Sahimy (dua dari kanan) bersama para artis yang terbabit dalam Era Muzik Hits Terkini selepas pelancaran album itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


SELAMA 11 tahun bergelar stesen radio tempatan nombor satu, bukan mudah untuk Era melepaskan gelaran itu yang dirampas oleh Hot FM pada tahun lalu.

Dengan sekitar 3.7 juta pendengar, radio di bawah naungan AMP Radio Networks itu tidak berputus asa, sebaliknya akan berusaha bagi merampas kedudukan tersebut.

Penolong Pengurus Program radio Era, Rizal Sahimy berkata, stesen itu kini melakukan banyak perubahan antaranya termasuklah daripada segi penyampai dan kandungan siarannya.

Menurutnya, ia bagi memastikan radio Era bukan setakat mampu merampas gelaran stesen paling popular, malah berusaha menambah jumlah pendengarnya pada masa depan.

"Sudah tiga bulan kami memperkenalkan penyampai baru Era seperti kumpulan Sepah dan Rini AF7. Sebagai permulaan kami akan kekalkan mereka untuk tempoh setahun.

"Sepah misalnya, tampil setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 malam hingga 12 malam. Selain itu, terdapat segmen baru yang kami perkenalkan iaitu Pagi Detektif Era.

"Penampilan penyampai seperti Sepah dalam Era membuahkan hasil apabila rating segmen kendalian mereka tinggi. Ini satu petanda yang positif," katanya ketika Hits ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan selepas pelancaran album kompilasi Era Muzik Hits Terkini itu, Rizal optimis Era mampu terus memberi saingan terhadap Hot FM yang kini mempunyai 3.8 juta pendengar.

Katanya, sejak berada ditangga kedua di bawah Hot FM, Era sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

"Bagi kami ini adalah suatu persaingan yang sengit tetapi sihat. Mungkin selama ini kami (radio Era) berada di suatu zon selesa selama lebih sedekad. Tetapi sekarang kami kena kerja keras.

"Matlamat kami untuk mencapai rating yang tinggi dan kedudukan nombor satu amat penting. Kami akan cuba penuhi citarasa para pendengar dari semasa ke semasa," ujarnya.

Pada masa sama, Rizal tidak menafikan perubahan penyampai di Era harus sentiasa dilakukan bagi memenuhi permintaan dan juga kesesuaian semasa.

Bagaimanapun, beliau menafikan pertukaran para penyampai Era ke stesen-stesen radio lain bertujuan untuk menyingkirkan selepas mendapati mereka sudah tidak popular lagi.

Sebaliknya jelas Rizal, pendekatan itu diambil bagi memperkembangkan lagi populariti seseorang penyampai serta stesen radio baru yang dikendalikan oleh bekas-bekas penyampai Era.

"Sebagai contohnya, kami meletakkan Linda Onn dari Era ke Sinar FM kerana popularitinya yang sedang melonjak pada ketika itu. Bakat dan tenaganya diperlukan di Sinar FM.

"Sementara Linda sedang top pada ketika itu, kami beranggapan dia boleh membantu menaikkan Sinar FM. Itu adalah antara strategi kami yang tidak seharusnya disalah anggap" katanya.

Selain kemunculan para penyampai baru Era dan segmen-segmen di bawah siarannya, radio tersebut juga menggunakan album kompilasi Era Muzik Hits Terkini bagi mencapai hasrat itu.

Album yang menampilkan 10 penyanyi yang didominasi oleh bintang-bintang Akademi Fantasia itu juga mampu untuk mempopularkan lagi radio Era di kalangan para peminat mereka.

Stacy, Adam, Aril, Mila, Akim, Hafiz, Mawi, Yazid, Isma dan Anita Sarawak katanya, merupakan penyanyi yang tampil dengan lagu-lagu paling popular mereka di Carta Era menerusi album kompilasi tersebut.

"Lagu-lagu yang ditampilkan adalah antara lagu-lagu yang paling popular disiarkan di radio Era. Ia juga antara yang paling lama berada dalam Carta Era sejak dari tahun lalu lagi.

"Walaupun idea penerbitan album ini dicetuskan oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd., tetapi kami harap ia secara tidak langsung akan turut mempopularkan nama stesen radio Era.

"Ini kerana, album dan para penyanyi yang terbabit dalam album ini diangkat melalui populariti yang mereka raih daripada radio Era," jelasnya yang mewakili ketuanya, Nazri Noran pada petang itu.

10 lagu yang dimuatkan dalam album Era Muzik Hits Terkini itu antaranya berjudul Menggegar Dunia yang dinyanyikan oleh Stacy dan Adam, Menatap (Aril) dan Jika Kau Ubah Fikiran (Mila).

Lagu-lagu lain yang turut dimuatkan menerusi album yang bakal mendapat sambutan ramai itu termasuklah Bengang (Akim), Pakai Buang (Stacy), Masih Jelas (Hafiz), Sujud (Mawi), Sugul (Yazid), Berbicara (Isma) dan Maafkan (Anita Sarawak).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.