saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 12/01/2010

APMM tahan tiga lagi kapal


Salah sebuah dari tiga kapal yang ditahan APMM kerana menjalankan aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan Pontian, Johor, kelmarin.


JOHOR BAHRU 11 Jan. - Kurang seminggu selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal kerana memindahkan minyak secara haram di perairan negara, agensi itu menahan tiga lagi kapal kerana melakukan aktiviti sama semalam.

Kapal itu ditahan kira-kira pukul 3.15 petang di kedudukan 3.15 kilometer (1.7 batu nautika) dari selatan Tanjung Piai kerana disyaki melakukan pemindahan 350,000 liter minyak secara haram.

Tiga kapal tangki tersebut adalah Kapal MV Eleftheria K yang didaftarkan di Panama, Neptank VII (Singapura) dan MT Sea Trader 8 (Basseterre, Saint Kitts and Nevis).

Kesemua 45 anak kapal terdiri daripada 39 warga Filipina selain masing-masing tujuh warga Indonesia dan Myanmar serta seorang rakyat Singapura berusia antara 22 dan 64 tahun, turut ditahan.

Pengarah Operasi Maritim daerah, Komander Maritim Abdul Razak Johan berkata, ketiga-tiga kapal itu ditahan setelah didapati mencurigakan seolah-olah berhimpit antara satu sama lain.

"Pemeriksaan mendapati 350,000 liter minyak dipindahkan secara haram dari kapal MV Eleftheria K ke Neptank VII. MT Sea Trader pula berada berdekatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(k) Akta Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tiada permit melakukan pemindahan atau penerimaan di laut.

Jika sabit kesalahan, katanya, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Abdul Razak memberitahu, APMM Wilayah Selatan setakat ini menahan 10 kapal yang melakukan pelbagai kesalahan maritim membabitkan Akta MSO 1952 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada awal tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.