saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/01/2010

Sleeq 'takut' masuk Malaysia


PELANCARAN album Sleeq berjudul Classiq di ibu negara turut dihadiri Pengarah Urusan Metadome, Ferhad Ahmad (tengah).


DITUBUHKAN pada 2005, kumpulan yang dianggotai dua anak muda dari Singapura ini baru sahaja muncul dengan album terbaru mereka berjudul Classiq.

Tampil dengan 13 buah lagu, Classiq bagaimanapun bakal menjengah pasaran Malaysia sekitar Januari ini.

Namun begitu, single pertama mereka daripada album berkenaan iaitu Cun Saja sudah mula meresap masuk ke dalam gelanggang hiburan tanah air.

Sering kali kedengaran diputarkan di corong-corong radio, membanggakan, dalam masa yang singkat, Cun Saja turut berjaya menakluki carta lagu-lagu popular di beberapa buah stesen radio tempatan.

Ia secara kasarnya memperlihatkan bahawa kehadiran kumpulan bernama Sleeq ini mudah untuk melekat di hati peminat mereka di sini.

Sleeq dianggotai dua sepupu iaitu Alif Abdullah atau Alyph dan Ahmad Syarif yang mesra disapa Syarif.

Masih menuntut di Temasik Polytechnic di Singapura, kedua-dua mereka yang berusia 20 tahun sebelum ini pernah muncul dengan album EP berjudul In The Q pada 2007.

Pernah bernaung di bawah label KRU Music (Singapura), kehadiran mereka di bumi Malaysia dengan membawa karya Classiq diakui dua jejaka comel ini sebagai saat yang cukup digeruni.

"Kami takut hendak mempromosikan lagu-lagu Sleeq di Malaysia.

"Bukannya takut sebab perkara lain tetapi khuatir kalau lagu-lagu kami tidak dapat diterima baik di sini.

"Sering kali kami persoalkan bagaimana bentuk penerimaan peminat di Malaysia terhadap lagu dan imej Sleeq," begitu ujar Syarif yang menuntut dalam jurusan Pengurusan Komunikasi dan Media di politeknik berkenaan.

Kata Syarif, meski sering 'dihantui' perasaan bimbang dan gementar, dia dan sepupunya, Alyph perlu tampil yakin dengan karya mereka iaitu Classiq.

Jelasnya yang ditemui ketika pelancaran Classiq di sebuah pusat hiburan di ibu negara baru-baru ini, Sleeq tampil dengan memperjuangkan lagu-lagu berentak pop, R&B serta hip hop.

"Untuk Classiq, saya dan Alyph mengambil masa lebih setahun bagi kerja-kerja mengumpul bahan dan proses rakaman serta penciptaan lirik.

"Segala proses pembikinan album Classiq selesai Julai lepas dan telah dilancarkan di Singapura pada 2 Ogos lalu.

"Insya-Allah, ia bakal memasuki pasaran Malaysia sekitar Januari ini. Kami ada juga mengkaji trend muzik di Malaysia," katanya.

Selain Cun Saja, Classiq turut membariskan lagu-lagu seperti Classiq, Sembunyi, Moviestar, Untuk Dia, Kau Buat Aku, Fireworks, Mabuk, My Spy, Tanya Nama, Ain't About Later, Terima Kasih Sayang dan Selamat Malam.

Daripada kesemua lagu, 12 adalah lagu ciptaan Alyph dan Syarif sendiri manakala sebuah lagu iaitu Kau Buat Aku telah mendapat khidmat komposer dari Indonesia.

Untuk pasaran Malaysia nanti, Metadome Sdn. Bhd., telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengedar album tersebut.

Ia secara tidak langsung menyaksikan Sleeq turut bernaung di bawah label Metadome.

Muzik lebih matang

Sementara itu, Alyph yang ditanya mengenai kekuatan Sleeq berkata, jika hendak dibandingkan album sebelum ini iaitu In The Q, Classiq memperlihatkan kematangan muzik Sleeq.

"Ketika pembikinan In The Q, kami masih berusia belasan tahun. Sekarang kami sudah berusia 20 tahun.

"Lagu-lagu Sleeq lebih kepada pengaruh irama Michael Jackson, JayZ dan Craig David," ujarnya yang menuntut dalam jurusan Diploma Reka Bentuk Produk.

Ujar Alyph, untuk menyiapkan Classiq bukanlah satu kerja mudah kerana idea penghasilan lagu hadir pada bila-bila masa sahaja.

"Kadang-kadang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, idea untuk hasilkan lirik atau lagu datang. Justeru, kami akan sentiasa bersedia sepanjang masa untuk merakamkan apa jua idea yang muncul menerusi telefon bimbit.

"Selepas itu, kami balik ke rumah dan mulakan proses susunan muzik dan sebagainya," katanya.

Ditanya mengenai sambutan Classiq di Singapura setakat ini, Alyph yang cukup lincah ketika beraksi di atas pentas memberitahu bahawa sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Syukur kerana kami banyak diundang mengadakan persembahan di Singapura," jelasnya.

Sering bergaduh?

Dalam pada itu, berbalik kepada Syarif, saat diajukan soalan tentang cara kerja antaranya dan Alyph berkata, ia tidak lari daripada perselisihan faham.

Menurut Syarif, dia dan Alyph sering bergaduh terutama dalam menyampaikan idea masing-masing untuk sesebuah lagu.

"Ia perkara biasa. Tetapi, kalau bergaduh pun, kami tidak boleh lari jauh kerana saya dan Alyph bersaudara.

"Sungguhpun begitu, hubungan kerja kami cukup mudah kerana kami membesar bersama.

"Justeru, arah tuju muzik kami juga sama dan dibentuk sejak kecil lagi," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.