saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 14/01/2010

Klinik 1Malaysia penuhi tuntutan


KAKITANGAN yang bertugas di Klinik 1Malaysia Seri Pengkalan menunjukkan tanda '1Malaysia' pada pembukaan klinik tersebut di Taman Samarinda, Alor Gajah, Melaka pada 7 Januari lalu.


MELAKA 13 Jan. - Langkah kerajaan memperkenalkan perkhidmatan klinik kesihatan komuniti yang dinamakan Klinik 1Malaysia mampu memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat berpendapatan rendah di bandar ini.

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2010, kerajaan akan memperkenalkan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar yang berfungsi seperti klinik desa di luar bandar.

Kehadiran klinik tersebut yang bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' tentunya menggembirakan rakyat kerana kedudukannya yang dekat dengan kediaman mereka dapat menjimatkan kos rawatan kesihatan.

Di Melaka, tiga buah Klinik 1Malaysia adalah antara 44 buah klinik yang beroperasi serentak pada hari pelancaran yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tiga buah klinik tersebut ialah di Taman Merdeka, Batu Berendam; Taman Suria, Bukit Katil dan Taman Samarinda, Alor Gajah yang mula beroperasi 7 Januari lalu.

Menggunakan perkhidmatan yang dikendalikan oleh penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih sahaja, tiga buah klinik di negeri ini dianggap sebagai pusat rawatan pesakit luar yang utama di setiap kawasan.

Seperti di negeri-negeri lain, Klinik 1Malaysia yang dibina di negeri ini adalah bersesuaian iaitu di taman-taman perumahan utama.

Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Batu Berendam boleh mendapatkan rawatan di Taman Merdeka manakala mereka yang tinggal di kawasan Hang Tuah Jaya boleh terus ke Taman Suria, Bukit Katil.

Bagi mereka yang tinggal di Alor Gajah boleh mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia Taman Samarinda.

Kewujudan klinik tersebut memudahkan orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan sakit biasa seperti demam, pemeriksaan ujian darah tinggi dan kecederaan ringan seperti mencuci luka.

Dengan mengenakan kadar bayaran RM1 bagi setiap pesakit, ia dianggap sebagai pelengkap kepada klinik kesihatan sedia ada atau hospital kerajaan.

Bagi warganegara asing yang ingin mendapat rawatan dikenakan bayaran sebanyak RM15.

Dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti sekolah atau perayaan, klinik itu mampu memenuhi keperluan rakyat.

Menurut Pegawai Kesihatan Primer, Dr. Nazatul Mokhtar, tiga klinik tersebut menawarkan perkhidmatan kepada pesakit luar atau pesakit tidak kritikal dengan rawatan yang cepat.

''Ini merupakan objektif utama kerajaan bagi memastikan orang awam menerima rawatan secepat yang mungkin dan tidak membuatkan mereka terpaksa menunggu lama.

''Selain itu, penubuhan Klinik 1Malaysia ini diharap dapat meringankan beban penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan sakit biasa seperti demam, kencing manis dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, ketiga-tiga klinik itu akan dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi.

Selain itu Dr. Nazatul berkata, kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

"Kita amat memandang serius kes-kes yang dirujuk dan sekiranya ia kes kecemasan atau kritikal, penolong pegawai perubatan yang bertugas akan menilai dahulu jenis kes itu.

"Jika perlu dirujuk pesakit akan distabilkan dan diberikan rawatan kecemasan peringkat awal di klinik tersebut sebelum dihantar ke hospital berdekatan," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.