saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/01/2010

Denggi masih jadi ancaman

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Denggi masih menjadi antara ancaman utama di negara ini apabila sejumlah 64 kes baru termasuk dua kematian dicatatkan pada minggu pertama tahun ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican, kes kematian pertama membabitkan seorang wanita berusia 37 tahun dari Bandar Utama, Selangor.

Katanya, pemeriksaan di kawasan kediaman mangsa menunjukkan kadar pembiakan nyamuk aedes di situ sangat tinggi iaitu kira-kira 75 peratus.

"Kematian kedua melibatkan seorang suri rumah berusia 29 tahun di Cheras yang dikesan menghidap denggi berdarah dipercayai dijangkiti ketika melawat ibunya di Taman Pandan Perdana iaitu antara kawasan berisiko tinggi,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu jelas beliau, peningkatan 64 kes itu menjadikan keseluruhan 940 kes dicatatkan dalam tempoh 3 hingga 9 Januari berbanding 876 kes di antara 27 Disember dan 2 Januari lalu.

Katanya, Selangor merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kes denggi sehingga minggu lalu iaitu 400 kes diikuti oleh Sarawak (255 kes) sementara Kedah menjadi negeri paling rendah dengan hanya 7 kes.

"Terdapat 34 kawasan berisiko atau hot spot dengan 18 daripadanya mencatatkan kadar pembiakan aedes melebihi tahap sensitif.

"Hanya lapan daripada 34 kawasan berkenaan menyaksikan penduduknya mengadakan gotong-royong untuk membersihkan persekitaran selepas penularan kes denggi,'' katanya.

Keadaan itu menyebabkan risiko untuk jangkitan denggi masih tinggi, katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli masyarakat di kawasan yang dikesan berlaku jangkitan denggi mempertingkatkan aktiviti "cari dan musnah" bagi membendung pembiakan aedes.

Sementara itu, bagi penyakit Chikungunya, berlaku peningkatan sebanyak dua kes (lima peratus) kepada 44 kes antara 2 dan 9 Januari berbanding minggu sebelumnya iaitu 42 kes.

Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan untuk penyakit berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.