saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 16/01/2010

Baywatch pantai Air Papan


Beberapa anggota wanita JPAM mengadakan kawalan di menara kawalan di Pantai Air Papan, Mersing, Johor.


MERSING 15 Jan. - Sebut sahaja Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pasti ramai yang membayangkan sebuah badan beruniform yang lasak dan penuh dengan disiplin.

Ia bukan hanya setakat membantu menyelamatkan mangsa di daratan, malah tugasnya kini semakin mencabar dengan adanya sebuah Pasukan Penyelamat Pantai yang diberi nama Baywatch.

Pasukan penyelamat tersebut kini ditugaskan untuk mengawal pantai di Pantai Air Papan, di sini sejak tahun lalu.

Ketua Penyelaras Baywatch JPAM Mersing, Wan Razman Wan Abdul Rashid, 30, berkata, tugas Pasukan Penyelamat Pantai lebih tertumpu di kawasan pantai dan tepi laut terutamanya di tempat perkelahan yang sering menjadi kunjungan ramai.

"Tugas kami sebagai anggota penyelamat adalah sentiasa berkawal dan bersiap sedia di kawasan pantai yang telah ditetapkan bagi memantau sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, keadaan yang kerap berlaku kecemasan adalah ketika musim tengkujuh apabila keadaan laut bergelora dengan paras air laut yang sering turun dan naik.

Wan Razman berkata, para pengunjung yang ingin berkelah di kawasan Pantai Air Papan akan dinasihati agar mematuhi arahan dengan tidak melepasi bendera merah yang dipacakkan di tempat tersebut.

"Keselamatan orang ramai sudah menjadi tanggungjawab kami di samping turut mengharapkan agar mereka memberikan kerjasama terbaik kepada anggota Baywatch yang bertugas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.