saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/01/2010

Sabhi Adam?




SEMASA Adam masih dalam program Akademi Fantasia 2, kumpulan lamanya Esdeco turut terpalit sinar glamor penyanyi itu. Boy dan Ejarn juga pernah menjadi penari pengiring kepada Adam selama beberapa tahun.

Mereka juga pernah muncul secara berkumpulan apabila diberi peluang merakam single Sayang Giler untuk mengukuhkan kumpulan tersebut. Malangnya kumpulan itu tidak mendapat tempat dan seolah-olah sudah lama berkubur.

Terbaru, Boy, 25, muncul secara solo dengan mengeluarkan album EP memuatkan tiga buah lagu.

Beliau kini mahu dikenali sebagai Sabhi Saddi, nama pemberian ayahnya yang tertera dalam kad pengenalan. Apa jadi dengan Esdeco? Adakah masih ada ruang untuk kumpulan itu dikenali?

"Secara rasminya Esdeco masih ada, cuma kami tidak dapat memberikan komitmen untuk menggerakkan kumpulan itu. Sekarang kami lupakan sekejap pasal Esdeco. Saya faham semua anggota ada komitmen lain termasuk Adam yang berjaya secara solo.

"Nak kata kecewa dengan kegagalan Esdeco tu, mungkin ada juga. Adam banyak komitmen secara solo, Ejarn juga ada kerja, sebab itu agaknya susah untuk menperjuangkan kumpulan kami. Kerana itulah saya buat keputusan muncul secara solo.

"Saya sebenarnya berbincang dengan Adam dan dia menyokong keputusan saya untuk bergerak secara solo," kata Sabhi yang mempertaruhkan lagu Nadiku sebagai sandaran utama.

Beliau sedar sekarang pasaran album dikatakan agak lembap dan payah untuk dijual. Sabhi tidak mahu menjadikannya sebagai pematah semangat.

Perjuang muzik R&B

Kalau bersama Esdeco dan mengiringi Adam dengan hip hop dan dance music, secara solo pula Sabhi memperjuangkan muzik R&B. Beliau sengaja mahu tampil berbeza dengan Esdeco.

"Sebab itu juga saya menggunakan nama Sabhi Saddi. Saya tidak mahu peminat menyamakan saya semasa bersama Esdeco dulu. Muzik saya sekarang jauh berbeza dengan apa yang telah saya lakukan dulu. Ibarat saya mempunyai dua watak yang berbeza. Imej saya juga berubah mengikut watak saya sekarang.

"Sekarang saya mahu memperjuangkan muzik R&B sebab jiwa saya sebenarnya meminati muzik ini. Saya lihat, bila sebut penyanyi lagu balada dan R&B lelaki, orang akan ingatkan Anuar Zain. Saya mahu menambah bilangan penyanyi R&B lelaki negara ini.

"Lagipun sekarang banyak sangat kumpulan muzik indie yang muncul. Kalau kita dengar radio, lagu-lagu mereka yang banyak diputarkan. Saya percaya lagu-lagu R&B perlahan ada penggemarnya. Peminat lagu-lagu slow sebenarnya masih ada.

"Saya ibarat bermula dari tapak paling bawah semula sebab tiada orang yang kenali siapa itu Sabhi Saddi sebelum ini. Tak kisahlah.

"Saya sendiri sebenarnya kadang-kadang tersasul membahasakan diri saya sebagai Boy kerana sudah terbiasa menggunakan nama panggilan itu," jelas Sabhi lagi.

Selain lagu Nadiku, album EP tersebut memuatkan lagu-lagu Gemerlapan dan Jalan Pulang. Lagu Nadiku juga menjadi salah sebuah lagu tema drama Tari Tirana menerusi slot Lestari di TV3.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.