saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 19/01/2010

'Cah keting' bukti Pas tak amal Islam sebenar

BATU PAHAT 18 Jan. - Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan Allah agar menjauhkan parti berkenaan daripada amalan tersebut.

Katanya, amalan itu turut membuktikan Pas bukan sahaja sama seperti parti lain, malah lebih teruk daripada itu.

"Lebih baik jika Nik Abdul Aziz berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan menantunya agar tidak menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan daripada berdoa untuk 'cah keting'," katanya selepas merasmikan Perkasa Negeri Johor di sini semalam.

Kira-kira 1,000 orang dari beberapa daerah di negeri ini hadir pada majlis pelancaran itu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Yang Dipertua (YDP) Perkasa Sabah, Musli Oli dan YDP Perkasa Sarawak, Abang Nasser Abang Hadari.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa mengulas kenyataan terbuka Menteri Besar Kelantan bahawa wujud budaya cah keting dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Menurutnya, jika 20 tahun dahulu Nik Abdul Aziz sering berdoa untuk kesejahteraan rakyat Kelantan tetapi kini beliau terpaksa berdoa untuk 'cah keting' agar amalan itu tidak terus berleluasa dalam parti.

"Ini semua kerana Pas tidak lagi membangun bersama Islam, tetapi membangun bersama DAP," katanya.

Sementara itu, Ibrahim meminta para pemimpin Islam yang tidak arif dalam soal akidah dan hukum Islam tidak lagi memberikan sebarang kenyataan berhubung isu agama.

Menurutnya, ini perlu bagi mengelak kekeliruan orang ramai yang akhirnya merugikan umat Islam sendiri.

"Biarkan alim-alim ulama muktabar memberikan pandangan mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.