saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 19/01/2010

Kera ganggu tanaman, masjid tumpas

BUKIT GANTANG 18 Jan. - Sebanyak 25 ekor kera dan lebih 10 ekor tupai berjaya 'ditumpaskan' dalam masa tidak sampai tiga jam dalam Operasi Membanteras Pengganggu Masjid dan Musuh Tanaman di Kampung Ayer Terjun, Trong di sini semalam.

Operasi di sekitar kawasan Masjid Al-Khairiah itu disertai kira-kira 50 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan lebih 50 penduduk kampung yang diketuai Pegawai Rela Daerah Taiping, Roslan Mohd. Razi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Datuk Rosli Hussin berkata, program tersebut dianjurkan bagi membantu penduduk sekitar membanteras haiwan berkenaan yang sering merosakkan tanaman mereka sejak enam bulan lalu.

''Kita juga membantu pengurusan masjid menyelesaikan masalah kacau ganggu yang dilakukan kumpulan kera yang galak melepak dan mengotorkan premis ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Rosli berkata, haiwan-haiwan perosak terbabit dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran dan masalah itu sering kali menghantui penduduk kampung berkenaan.

''Diharapkan program yang diadakan dari masa ke semasa ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan hasil para petani dan peladang kampung," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Masjid Al-Khairiah, Mohd. Khalid Abdullah berkata, usaha itu sangat perlu kerana kehadiran kumpulan kera tersebut amat menyukarkan penduduk.

''Kera terbabit bukan sahaja mengerumuni bangunan masjid tetapi juga telah merosakkan sebahagian bumbung.

''Apa yang kami tidak tahan apabila kolah air untuk berwuduk, dijadikan 'kolam renang' dan kera turut membuang najis di merata tempat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.