saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/01/2010

Kalimah Allah: Semua pihak perlu bertenang


Rais Yatim berbincang dengan Dr. George Chan Hong Nam di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Semua pihak perlu bertenang dan berfikiran 'dingin' atau 'sejuk hati' dalam setiap tindakan berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam selagi mahkamah belum membuat sebarang keputusan ke atas rayuan yang telah dibuat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berfikiran 'dingin' dalam mendepani isu ini sangat penting supaya sebarang tindakan tidak mencetuskan huru-hara.

Menurutnya, ketenangan dan 'kedinginan' memberi respons perlu dipertahankan sehingga keputusan muktamad dibuat oleh mahkamah sama ada keputusan terdahulu mengikut Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hubungan ini, katanya, apa yang paling penting dilakukan ialah perbincangan secara persahabatan antara kumpulan-kumpulan agama dan pelunasan atau kefahaman terhadap semua agama.

"(Menerusi perbincangan ini) Kita bukan hendak masuk agama lain tetapi yang penting memahami budaya atau amalan dalam setiap agama.

"Bukankah aneh? Kita dengan lima agama utama di negara ini tiada panel yang membolehkan kita berbincang-bincang. Inilah yang menyebabkan kita sentiasa dalam prasangka atau prejudis dengan agama lain," ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Perkara 3 Perlembagaan adalah mengenai Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan.

Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: "Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya."

Mengenai pengembangan agama kepada orang Islam berdasarkan Perkara 11(4) yang menyebut: "Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama, di kalangan orang yang menganuti agama Islam."

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa penguatkuasaan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dikecualikan terhadap Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai enakmen tersebut.

Dalam pada itu, Rais menambah, beliau percaya kenyataan itu dibuat oleh Nazri berasaskan perundangan dan tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.