saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/01/2010

Majlis perundingan agama mudahkan isu kalimah Allah diselesai di luar mahkamah

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Penubuhan majlis perundingan agama dilihat akan memudahkan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam diselesaikan di luar mahkamah seperti disarankan oleh Majlis Peguam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, proses mahkamah akan menyebabkan satu pihak sahaja yang menang manakala pihak yang kalah sudah tentu tidak akan berpuas hati.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa bahawa fungsi majlis itu tidak akan menyamai Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang pernah dicadangkan sebelum ini.

"Sebuah majlis tidak sama dengan suruhanjaya, kalau suruhanjaya, sudah tentu ia ada kuasa.

"Maka tidak wajar agama Islam diletakkan dengan kedudukan yang sama dengan ajaran agama lain kerana Islam adalah Agama Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk "Segerakan Majlis Perundingan Agama" dalam laman blognya, puadzarkashii.blogspot.com.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, penubuhan majlis itu juga mungkin dapat memberi kefahaman kepada penganut agama lain bahawa Islam merupakan agama akidah manakala kalimah Allah juga membabitkan isu akidah.

Beliau berkata, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, maka mereka sepatutnya bertolak ansur dan perlu faham kenapa dalam konteks Malaysia, penganut agama lain tidak wajar menggunakan kalimah Allah.

Katanya, menteri kanan dari Sabah, Tan Sri Bernard Dompok sendiri mengakui komuniti Kristian di negeri itu mengadakan upacara keagamaan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa ibunda mereka.

"Kalau dalam bahasa Inggeris perkataan Tuhan 'God' digunakan, jika dalam bahasa Melayu 'Allah' digunakan dan sekiranya dalam bahasa ibunda seperti Kadazandusun, 'Kinoingam' digunakan.

"Ini membuktikan penggunaan nama Tuhan bagi penganut Kristian tidak sama seperti penganut Islam.

"Bagi penganut Islam, nama Tuhan mereka tidak boleh diubah-ubah, kalimah Allah adalah mesti dan wajib, walaupun upacara keagamaan itu dijalankan mengikut bahasa yang berbeza," tegasnya.

Mohd. Puad berkata, majlis perundingan juga mungkin boleh membincangkan kalimah Allah untuk kegunaan orang Kristian dieja sebagai "Tuhan Ala" atau "Tuhan Alah" kerana orang Islam menyebutnya dengan bertajwid.

"Ini bermakna Tuhan Ala atau Tuhan Alah yang ditulis dalam akhbar atau Injil mereka itu nanti akan bermakna Tuhan berkonsepkan Triniti, iaitu tuhan yang beranak dan diperanakkan.

"Allah dalam konteks Islam yang disebut dengan tajwid ialah Tuhan yang Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan," tegas beliau lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.