saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/01/2010

Lapan ditahan bakar gereja

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Setelah 12 hari kejadian Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini dibakar, polis berjaya menyelesaikan kes itu dengan penahanan lapan lelaki termasuk tiga daripadanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

Kesemuanya yang berusia 21 hingga 26 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret dan Sesyen Kuala Lumpur, Ahmad Shakib Ismail.

Ahmad Shakib turut mengeluarkan perintah reman di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terhadap seorang daripadanya yang cedera.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah atau sebagainya.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya akan menyiapkan kertas siasatan kes itu untuk dihantar ke pihak pendakwaan dalam masa terdekat.

Tegasnya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat ketenteraman negara dengan memainkan isu sensitif.

"Kita akan pastikan mereka yang bersalah tidak terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, aras bawah gereja berkenaan yang terletak di sebuah lot kedai musnah terbakar setelah dilempar bom api oleh sekumpulan lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Mohd. Bakri memberitahu, kejayaan itu bermula dengan penahanan seorang penghantar surat di HKL, hasil maklumat awam, kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Katanya, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan ketika menerima rawatan tangan kiri dan dadanya yang melecur.

Tambahnya, susulan itu, polis menahan tujuh lagi lelaki termasuk adik, bapa saudara dan lima lagi rakannya secara berasingan di sekitar Lembah Klang.

"Adik suspek ketika ditahan juga mempunyai kesan lecur di tangan kiri. Tangkapan terakhir dibuat kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

"Mereka yang ditahan dilaporkan bekerja sebagai kerani, pekerja pejabat dan kilang," katanya lagi.

Menurut beliau, berdasarkan pemeriksaan, kesemua mereka yang beralamat di Ampang itu tidak mempunyai rekod lampau dalam jenayah.

Ditanya sama ada terdapat suspek yang ditahan mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan tertentu berkaitan ekstremis agama beliau berkata:

"Berdasarkan siasatan, mereka tidak mempunyai kaitan mana-mana kumpulan tertentu. Saya memberi amaran kepada kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan," ujarnya.

"Bagi kita ruang untuk menyiasat, jangan cuba nak kaitkan dengan kumpulan tertentu".

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.