saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 22/01/2010

Perairan Pengerang, Tanjung Piai 'lubuk' pesalah maritim

TIDAK sampai sebulan tahun 2010 membuka tirainya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan sudah menahan lebih 20 kapal yang melakukan pelbagai kesalahan.

Kesalahan paling serius melibatkan pemindahan minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) melebihi 700,000 liter di sekitar perairan Pengerang, Kota Tinggi dan Tanjung Piai, Pontian.

Keadaan itu dilihat semakin serius dan merunsingkan. Berdasarkan rekod, tangkapan pertama dibuat pada 2 Januari lalu di perairan Tanjung Stapa, Pengerang melibatkan kapal yang berdaftar di Honduras iaitu M.T Royal Salute dan M.T Ai Maru.

Kurang 48 jam selepas itu, APMM Wilayah Selatan kemudiannya menahan dua buah lagi kapal di perairan Tanjung Kapal, Pengerang melibatkan sebuah kapal yang berdaftar di Honduras, MT Atago Power dan sebuah kapal dari Thailand, MV Thigayu.

Pada 11 Januari pula, APMM berjaya menahan tiga lagi kapal kerana disyaki melakukan pemindahan 350,000 liter minyak secara haram di kawasan perairan Tanjung Piai.

Tiga kapal tangki tersebut adalah Kapal MV Eleftheria K yang didaftarkan di Panama, Neptank VII (Singapura) dan MT Sea Trader 8 (Basseterre, Saint Kitts and Nevis).

Sehari selepas itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan dua buah kapal lagi iaitu MV Marine Force yang berdaftar di Tarawa, Kiribati dan MV Ayu Permata di Indonesia atas kesalahan pemindahan minyak di perairan Pengerang.

Tangkapan terbaru dibuat pada 17 Januari lalu apabila empat kapal ditahan kerana melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang dan Tanjung Piai.

Dua kapal iaitu MT Rimba yang berdaftar di Korea dan MT Sea Goddess di Tarawa dikesan melakukan kesalahan itu di tenggara Tanjung Kapal, Pengerang.

Persoalannya, mengapakah perairan Pengerang dan Tanjung Piai di selatan tanah air terus dipilih menjadi 'lubuk' bagi kapal asing untuk melakukan kesalahan maritim terutamanya pemindahan minyak secara haram?

Terdapat dakwaan mengatakan ejen-ejen darat yang menjadi dalang bagi mengurus dan mengendalikan aktiviti jenayah itu dan mereka mengaut keuntungan lumayan hinggakan kompaun dikenakan pihak berkuasa negara hanya dipandang sebelah mata.

Kompaun akibat kesalahan maritim di negara jiran dikatakan lebih tinggi sekali gus menjadikan perairan selatan negara kita sebagai pilihan utama mereka.

Mengulas dakwaan itu, Ketua Penguat kuasa APMM Wilayah Selatan, Datuk Che Hassan Jusoh berkata, pihaknya tidak boleh mengulas secara terperinci mengenai penglibatan ejen-ejen yang menjadi orang tengah untuk kegiatan haram itu kerana tidak mempunyai bukti kukuh tetapi itu tidak bermakna APMM hanya berdiam diri.

APMM masih lagi menjalankan siasatan serta meningkatkan hasil risikan dalam usaha mengurangkan kegiatan haram di perairan negara terutamanya di kawasan perairan Pengerang dan Tanjung Piai kerana ia merupakan kawasan panas untuk kegiatan jenayah maritim.

Jika dilihat secara terperinci, kedua-dua perairan itu terletak berhampiran dengan perairan antarabangsa dan merupakan lokasi perkampungan nelayan, menjadikannya kedudukan strategik untuk mengaburi perhatian pihak berkuasa.

Che Hassan berkata, kegiatan jenayah maritim itu bukan perkara baru, sebaliknya sudah berlarutan sejak berpuluh tahun lalu. Namun pihak berkuasa maritim seperti APMM sentiasa mencari kaedah terbaru untuk menanganinya secara holistik bagi mengelakkan daripada terus berulang.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini hampir setiap hari ada sahaja kapal yang ditahan di perairan tersebut dan ia menunjukkan bahawa pihak berkuasa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka.

Beliau memberitahu, kesemua yang ditahan itu terlibat dalam kesalahan sama di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

"Awal tahun ini saja, boleh dikatakan, kesemua kapal yang ditahan terlibat dengan kegiatan pemindahan minyak secara haram dan kesalahan-kesalahan lain di bawah ordinan yang sama," katanya.

Jalinan kerjasama dengan Jabatan Laut dan Jabatan Alam Sekitar akan terus ditingkatkan pada masa akan datang bagi membolehkan proses penguatkuasaan serta pendakwaan dijalankan segera bagi membuktikan ketegasan pihak berkuasa di negara ini.

Katanya, proses penguatkuasaan akan dilakukan oleh APMM, manakala proses pendakwaan dilaksanakan Jabatan Laut dan Jabatan Alam Sekitar mengikut akta yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai aspek pendakwaan kerana ia diluar bidang kuasa APMM.

"Kami akan terus memberikan tumpuan terhadap aspek penguatkuasaan di kawasan perairan selatan negara dan segala kertas siasatan akan dilakukan pihak kami secara bersama manakala proses pendakwaan serta denda akan diserahkan kepada jabatan-jabatan berkaitan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.