saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 23/01/2010

Mat rempit hampir pengsan dihukum penjara

SEREMBAN 22 Jan. - Dahulu dia 'jaguh' di atas jalan raya tetapi hari ini dia hampir pengsan selepas mendengar hukuman yang dikenakan terhadapnya kerana kesalahan merempit sembilan tahun lalu.

Senario itu berlaku di Mahkamah Majistret di sini apabila seorang tukang masak tidak dapat menerima hakikat yang dia baru saja dijatuhi hukuman penjara 20 bulan dan denda RM8,000.

Mohd. Sukiman Maidin (gambar) , 29, yang kelihatan longlai selepas mendengar hukuman itu juga dilarang mengambil lesen memandu selama dua tahun selain hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Majistret Mohd. Izuddin Zulkefly memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini setelah mendapati lelaki itu bersalah atas tuduhan menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ secara berbahaya pada 29 April 2001.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran lampu isyarat Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohd. Izuddin berkata, beliau berharap tertuduh insaf dan menjadikan hukuman tersebut sebagai satu pengajaran.

"Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran terhadap kamu dan pelesit jalanan di luar sana," katanya.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Jusman Ahmad mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd. Sukiman diwakili peguam bela Tengku Amirudin Tengku Yusof.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.