saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 23/01/2010

Sarawak tangani setinggan


Seorang kanak-kanak yang tinggal di sebuah penempatan setinggan di pinggir bandar raya Kuching merenung jauh masa depannya. - bernama


MIRI 22 Jan. - Ketika ini ada kira-kira 10,000 rumah setinggan di seluruh Sarawak dengan majoritinya terletak di Miri iaitu 4,000 buah diikuti Bintulu (3,000) dan Kuching (1,800).

Peningkatan jumlah rumah setinggan di Miri bukan perkembangan yang baru memandangkan bandar raya yang terkenal dengan sumber minyak ini sudah menjadi tumpuan penghijrahan penduduk sejak beberapa dekad lalu.

Selain industri minyak, pembangunan pesat dalam pelbagai sektor mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat luar.

Sehingga kini, Miri terus menjadi pilihan utama majoriti rakyat di Sarawak khususnya dari kawasan pedalaman untuk mencari rezeki dan memulakan hidup baru.

Jalan balak yang menghubungkan Miri dengan beberapa kawasan terpencil seperti Baram memudahkan penduduk berpindah dalam kumpulan yang agak besar.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg ketika mengulas isu itu berkata, kebanyakan penduduk yang berhijrah ke Miri adalah dari luar bandar yang tidak mempunyai saudara mara untuk menumpang atau tanah tempat mendirikan rumah.

''Mereka ke sini untuk mencari rezeki, namun mereka tidak mempunyai tempat tinggal selain tidak mampu menyewa rumah.

''Faktor ini menyebabkan mereka tiada pilihan selain mendirikan rumah setinggan untuk berteduh," katanya ketika ditemui selepas penyerahan kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Hunai, Bekenu di sni baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, kementerian kini sedang mengatur strategi dengan menyasarkan penurunan setinggan sehingga 90 peratus dalam tempoh lima tahun di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Abang Johari berkata, kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menyelaras masalah setinggan di Sarawak khususnya di Miri.

Ini termasuk menyasarkan pembinaan sebanyak 50,000 unit RMR dan Rumah Mampu Milik (RMM) dengan 20,000 daripada jumlah itu akan dibangunkan kerajaan manakala selebihnya syarikat swasta.

''Selain itu, kita akan bangunkan dua projek rumah pangsa di Miri untuk disewa oleh mereka yang datang dari luar bandar.

''Mereka boleh menyewa kediaman tersebut sehingga pendapatan mencukupi untuk membeli rumah sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Dr. Kamarul Rashan Salleh berkata, kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk membina RMR dan RMM di negeri ini dalam RMK-10.

''Peruntukan ini bagi melaksanakan pembinaan sebanyak 50,000 unit RMR dan RMM.

''Kita berharap peruntukan ini dapat digunakan sebaiknya untuk mengurangkan kadar setinggan," katanya.

Beliau menambah, SPNB tidak melihat halangan dalam pelaksanaan misi tersebut malah mereka mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani masalah setinggan.

''Masalahnya, mereka ini (setinggan) tiada tanah.

''Justeru, kita berharap kerajaan negeri beri kerjasama dengan menyediakan tanah untuk setinggan yang boleh dijadikan cagaran," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.