saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/01/2010

Azan letak jawatan Timbalan Pengerusi PKR Pahang

25/01/2010 1:09pm

KUANTAN 25 Jan. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti itu dan juga Ahli Parlimen Indera Mahkota.

"Hasrat ini saya telah maklumkan pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali bahagian Cameron Highlands. Saya juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR Pahang, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azan, 44, berkata, beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri.

"Bagaimanapun saya masih kekal sebagai Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota dan saya juga masih ketua bahagian Indera Mahkota, katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2008, beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Salamon Ali Rizal Abd. Rahman dengan undi majoriti 1,027 undi. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.