saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/01/2010

CEO hadapi tuduhan ambil RM70 juta mengaku tidak bersalah

25/01/2010 4:33pm

SEREMBAN 25 Jan. Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengambil wang deposit tanpa lesen berjumlah RM70 juta daripada orang ramai antara Februari dan Oktober 2008.

Syed Shareezally Syed Aualadali, 39, dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Bakar, bersama rakan kongsinya, A. Halim A Rahman, 39, selaku pemilik syarikat Eastana Farm Industries Sdn. Bhd., yang beroperasi di 47-1, Jalan TKS 7, Taman Komersial Senawang.

Syed Shareezally mengaku tidak bersalah dan hakim membenarkan dia diikat jamin RM300,000, manakala A. Halim dikenakan ikat jamin RM400,000 sehingga kes mereka disebut semula pada 8 Februari ini.

Kedua-dua lelaki tersebut, yang tinggal berjiran di kawasan kediaman mewah Lavender Heights di sini, ditahan selepas pegawai-pegawai Bank Negara menyerbu premis Eastana Farm Industries pada 13 Oktober 2008 selepas mendapat aduan dari orang awam.

Syarikat itu menjalankan perniagaan penternakan lembu dan daging segar.

Melalui internet, syarikat ini mempelawa orang ramai untuk melabur dengannya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.