saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/01/2010

Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

PAKATAN pembangkang tengah kalut. Cool PKR, Pas dan DAP telah menjadi panas. Buat apa pun tak menjadi. Tapi dalam ketiga-tiga parti itu (yang tidur sebantal, mimpi lain-lain) DAP yang nampaknya cool. Mereka cuba tidak mahu menampakkan sebarang kontroversi, lebih-lebih lagi yang membabitkan parti mereka dan orang ramai. Tapi dalam diam-diam, DAP sedang susun strategi jangka pendek dan jangka panjang Middle Malaysianya untuk mengambil alih negara ini.

Cool dalam bahasa Inggeris ada beberapa erti. Secara istilah bermaksud sejuk, dingin. Orang muda kata cool, ertinya hebat, tapi dalam istilah lain bermakna tenang, relaks, tidak gelabah dan tidak marah.

Tapi cool itu kini sudah menjadi wap stim yang panas. Anwar Ibrahim, mentor PKR dan ketua pembangkang di Parlimen sudah tidak cool lagi. Pengikut setianya Zulkifli Noordin pun dimarahinya. ''Zulkifli Noordin melampau," kata Anwar.

Anwar mengakui, sebelum ini beliau banyak bertolak ansur dengan Zulkifli apabila membiarkannya menyatakan pendapatnya sendiri.

''Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur. Ia bertentangan dengan semangat demokrasi," kata Anwar mengulas mengenai Zul dalam laman blognya.

Apa? Anwar kata ia bertentangan dengan semangat demokrasi. Hanya orang Islam yang bodoh sahaja mengatakan apa yang diperjuangkan oleh Zul Noordin itu sebagai ''bertentangan dengan semangat demokrasi''.

Anwar ternyata terlalu marah, coolnya sudah hilang. Itu tidak kira lagi kemarahannya apabila Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan Ismail meletakkan jawatan dan ahli-ahli jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Selangor menolak kepimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim dan mengisytiharkan bahagian itu dibubarkan. Pening kepala Anwar. Sudahlah kes dirinya sendiri pun belum selesai, ini masalah dalaman parti pula.

Oleh kerana PKR ini banyak masalahnya, kita lihat dulu secara pantas sedikit latar belakang parti itu.

Asalnya PKR atau Parti Keadilan Nasional dikenali sebagai Parti Keadilan. Simbolnya berbentuk mata, seakan-akan mata pengasasnya Anwar, bagi mengingatkan pengikutnya yang mata Anwar pernah lebam. Parti itu diwujudkan selepas Anwar disingkirkan dari UMNO atas pelbagai tuduhan yang dihadapinya.

Ramai pengikut Anwar yang menyertainya. Yang menyertainya; ada yang terlalu taksub dengan Anwar, ada yang terlalu marah dengan kerajaan semasa, ada yang tiada haluan dan mahu cuba-cuba, ada yang tidak boleh naik dalam UMNO dan mahu mencuba tapak baru. Ini termasuklah perusuh-perusuh demonstrasi jalanan seperti Tian Chua dan mereka yang merasakan lebih demokratik daripada orang lain seperti Hishamuddin Rais - semuanya masuk ke dalam parti Anwar. Pendek kata yang masuk PKR semuanya orang bermasalah.

Selain itu, yang menyertai Anwar termasuklah bekas-bekas pegawai kanannya semasa beliau dalam kerajaan dulu seperti Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan Ezam Mohd. Noor. Azmin kini merupakan orang yang paling dipercayai dalam PKR, manakala Ezam pula menjadi sebaliknya. Rakan-rakan wartawan juga ada beberapa orang yang masuk menyertai Anwar ketika itu, tapi kemudian berpaling tadah.

Khalid Jaafar pula, orang kuat dan think-tank Anwar dalam UMNO dulu, secara strategiknya diletakkan dalam Pas.

Antaranya orang yang turut menyertai PKR ialah Zulkifli Noordin, seorang peguam lulusan luar negara, yang amat taat setia dan taksub kepada Anwar.

Dia tidak masuk Pas kerana faktor Anwar. Dalam pilihan raya umum lalu dia diberi kawasan di Kulim Bandar Baharu dan dia menang di kawasan itu. Zulkifli ini jenis degil sedikit. Dia suka memberontak. Dia pernah memberitahu saya: ''Perjuangan aku adalah demi Islam, jika pakatan pembangkang membelakanginya aku akan tentang."

Kerana itu, Anwar gagal mengawalnya kerana perjuangan Zul itu adalah teguh dan tetap. Beliau kini menentang habis-habisan Ahli Parlimen Shah Alam, yang juga Pesuruhjaya Pas kawasan itu, Khalid Samad. Khalid dilihat oleh Zul sebagai ''terlalu mengambil hati orang bukan Islam'' dengan membelakangkan Islam.

Terbaru yang amat merentap perasaan Zulkifli ialah apabila Khalid dalam satu artikel memberitahu ''Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman'' disiarkan laman portal propembangkang Malaysiakini.

Zul yang terlalu marah membuat laporan polis di pondok polis di Jalan Masjid India, berhampiran pejabat peguamnya di Wisma Yakin. Sebenarnya, jika tidak silap saya ini bukan pertama kali beliau membuat repot polis terhadap rakan-rakannya sendiri dalam pakatan, apabila pendirian dan prinsipnya dicabar.

Zul menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Dewan Undangan Negeri Selangor serta menghina umat Islam secara umumnya.

Apakah Zul Noordin ini menjadi 'duri dalam daging' kepada PKR dan pakatan?

Semalam Biro Politik PKR mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan yang akan diambil terhadap Zul Noordin.

Keputusan yang dibuat ialah Zul akan dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin. Dia juga tidak dibenarkan bercakap pada media dalam tempoh sebulan.

Sekali lagi, parti Anwar yang kononnya berjuang atas dasar keadilan dan mengagungkan dasar demokrasi Barat dan Amerika kini menutup mulut pemimpinnya sendiri.

Apa ini? Bercakap mengenai Islam pun tak boleh? Hendak mengkritik kawan yang menentang Islam pun tak boleh?

Para pemerhati melihat PKR dan Anwar yang terlalu bergantung kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan sokongan serta kemenangan besar, sekali gus memerintah negara ini, sanggup mengetepikan perjuangan pengikut setianya Zul Noordin.

Zul Noordin boleh dikorbankan demi kemenangan mutlak Anwar.

Yang hairan, sungguh-sungguh hairan lagi, Pas yang kononnya mendakwa berjuang atas prinsip Islam tidak pula mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid Samad? Walhal khabarnya Sultan Selangor amat murka dengan Khalid, sehingga dipanggil menghadap ke istana.

Apa sudah jadi ini? Saya keliru, rakyat keliru, Zul Noordin lagi keliru. Wahai pembaca sekelian, inilah yang dinamakan politik.

Apa sekalipun, politik Malaysia sedang melalui proses kematangannya. Tidak pastilah apakah pengikutnya juga sedang melalui proses pemikiran yang sama, atau masih taksub dan tolol.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.