saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 27/01/2010

Tawaran premis kedai MBJB

JOHOR BAHRU 26 Jan. - Orang ramai yang masih tercari-cari premis kedai untuk memulakan sesuatu perniagaan mahupun rumah untuk didiami, kini ada berita baik untuk anda!

Majlis Bandaraya Johor Bahru (KBJB) mempunyai kekosongan untuk kedua-dua jenis premis berkenaan yang ditawarkan dengan kadar sewa berpatutan.

Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Lokman Sulaiman dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, mereka yang berminat boleh berurusan dengan Bahagian Pengurusan Harta, tingkat tiga Bangunan Jotic.

Beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada orang ramai yang layak dan membuat permohonan awal.

"Antara unit kedai yang masih belum disewa adalah kedai pejabat tiga tingkat di Nombor 40 dan 42 Jalan Molek, Taman Molek di sini dengan kadar sewanya antara RM700 hingga RM2,000.

"Sementara itu rumah kediaman pula adalah di Kondominium Tanjung Puteri yang mempunyai empat unit kekosongan dengan kadar sewa antara RM700 hingga RM1,400. Pengurangan 50 peratus kadar sewa akan diberikan kepada anggota MBJB," katanya.

Tambah Lokman, Pangsapuri Setanggi juga mempunyai enam unit rumah kosong manakala sebanyak 38 buah unit kosong terdapat di Rumah Pangsa Kos Rendah (zon1-1, Blok P).

Katanya lagi, beberapa kawasan di sekitar bandar raya turut mempunyai premis perniagaan kosong untuk disewa, antaranya ialah di Taman Rinting yang mempunyai 15 kekosongan, Gerai Rumbia, Taman Daya (10), gerai Jalan Bayu, Tampoi (3) dan gerai Jalan Mawar, Taman Tampoi Utama (8).

Turut mempunyai kekosongan ialah di Taman Kota Puteri (1), Jalan Loon Hoon Joon (1), Taman Mount Austin (5), Bandar Baru Permas Jaya (4), kiosk Batu Legaran Segget (3), Jalan Blumut, Jalan Johor (2) dan Taman Bunga Ros (5).

Menurutnya lagi, lapan buah kedai kosong di kawasan Perindustrian Tebrau satu dan empat tidak mempunyai bekalan utiliti dan kadar sewa dan lesennya secara keseluruhan berjumlah RM130.

Orang ramai yang berminat atau inginkan keterangan lanjut boleh menghubungi bahagian terbabit di talian 07-2238469.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.