saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 29/01/2010

Paip LNG Malaysia-Korea Selatan dirancang

PUTRAJAYA 28 Jan. - Penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Distinct Objective Sdn. Bhd., merancang membangunkan saluran paip gas asli cecair (LNG) dasar laut sepanjang 4,000 kilometer dari Malaysia ke Korea Selatan, bernilai berbilion ringgit.

Projek inisiatif pembiayaan swasta bagi Trans-Oriental Gas Pipeline (TOGP) itu, akan bermula sebaik laporan penilaian impak alam sekitar yang dilakukan selama enam bulan, diterima, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Shaharuddin Abdul Manan.

Projek itu katanya dijangka mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

"Kami berharap memuktamadkan semua keperluan kewangan sebaik perbincangan dengan pelabur dari negara seperti Korea Selatan, China, Indonesia dan Jepun, berjalan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai projek itu di sini hari ini.

Menerusi MoU itu, syarikat akan melaksanakan pemasangan saluran paip sepanjang 2,500 kilometer dari pantai Pahang ke utara Vietnam, manakala rakan sekutunya, Asia Consortium Engineering Petroleum & Gas, bertanggungjawab bagi pemasangan saluran paip sepanjang 1,500 kilometer dari China ke pantai Korea Selatan.

Menurut Shaharuddin, TOGP akan menyumbang dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pengangkutan kepada organisasi di Asia yang bimbang terhadap keselamatan tenaga dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

"Pertumbuhan dalam industri LNG semakin pesat sejak tahun-tahun kebelakangan ini dan akan lebih rancak dalam tempoh lima tahun yang akan datang, dengan kapasiti keluaran melepasi 370 juta tan setahun menjelang tahun depan," katanya.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.