saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 29/01/2010

Liwat: Anwar mohon tangguh lagi

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Mohon tangguh lagi? Itulah perkembangan terkini dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hari ini mengemukakan permohonan pada saat-saat akhir bagi menangguhkan perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan bermula Selasa depan.

Kali ini Ketua Pembangkang itu memberi alasan Mahkamah Rayuan masih belum mendengar rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Peguam Sankaran Nair yang mewakili Anwar memberitahu pemberita, beliau telah memfailkan permohonan penangguhan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pagi ini.

"Pada pukul 4 petang ini, mahkamah memaklumkan kepada saya permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada Selasa ini,'' katanya.

Mahkamah Rayuan setakat ini masih belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan Anwar berhubung penolakan permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat.

Anwar memfailkan notis rayuan pada 10 Disember tahun lalu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin yang menolak permohonannya itu pada 1 Disember tahun lalu.

Hakim tersebut menetapkan perbicaraan selama sebulan mulai 25 Januari lalu tetapi ditunda kepada 2 Februari ini atas arahan Mahkamah Persekutuan.

Ia bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya esok berhubung rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan semua dokumen penting bagi tujuan pembelaannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.