saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 29/01/2010

ME 4 selamat kembali dari Lebanon

SUBANG 28 Jan. - Setelah sembilan bulan menabur bakti di Lebanon untuk misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil), 200 anggota Kumpulan Induk Malcon East 4 (ME 4) kembali ke tanah air hari ini.

Kepulangan mereka dari Beirut pada pukul 12 tengah hari ini menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) turut disertai lima Staf Markas Sektor Timur.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin yang menyambut ketibaan kumpulan berkenaan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini gembira dengan kepulangan 'anak-anak buahnya'.

"Mereka menjalankan tugas dengan cukup cemerlang. Maklum balas Ibu Pejabat Unifil di Lebanon menunjukkan mereka amat menghargai sumbangan kita.

"Anggota kita diperakui mempunyai tahap profesionalisme dan keupayaan menjalankan tugas yang tinggi. Saya ada membuat lawatan rasmi ke sana hujung tahun lepas dan berpuas hati dengan tugas yang dijalankan mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Laksamana Muda Datuk Jamil Osman dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Sementara itu, Komander Pasukan ME 4, Leftenan Kolonel Romainor Ahmad yang mengetuai kumpulan tersebut menyifatkan misi mereka di Lebanon sebagai 100 peratus berjaya.

Menurutnya, peranan yang dijalankan ME 4 sentiasa mendapat pujian daripada media, masyarakat tempatan dan peserta Unifil lain.

"Apabila bercakap tentang pencapaian, saya amat berbangga dengan kumpulan ini kerana berjaya menaikkan imej Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara amnya.

"Anggota kita dikenali kerana kemesraan, budi bahasa dan keramahan setiap kali bertugas sama ada ketika pemantauan atau mendekati masyarakat. Tugas yang diberikan juga dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Laskar Kelas 1, Mohd. Fahamin Rosedi menceritakan betapa anggota ATM mendapat kepercayaan tinggi masyarakat tempatan dan anggota Unifil lain sehingga dijadikan sebagai 'jaminan keselamatan' dalam menjalankan satu-satu misi.

''Ada antara pasukan negara lain, jika mahu melakukan rondaan akan mengajak anggota kita untuk turut serta kerana menganggap dengan adanya anggota kita, pasukan mereka akan selamat daripada sebarang serangan.

''Kalau tanpa anggota kita, ada antara mereka yang dihalau penduduk tempatan. Malah ada juga pasukan negara lain yang diserang tetapi semua itu tidak berlaku terhadap anggota Malaysia.

''Sebab itu, mereka minta bantuan kita untuk menyertai mereka dalam sesuatu misi," katanya yang juga anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.