saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 29/01/2010

Keselamatan di tempat kerja


PASUKAN Hazmat membawa mangsa terhidu gas beracun pada latihan kebakaran di Kilang F&N di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.


KUCHING 28 Jan. – Petang Selasa minggu lalu mungkin merupakan hari-hari biasa bagi pekerja F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd. dengan melakukan rutin harian mereka sama ada di unit pengeluaran mahupun di pejabat.

Namun pada pukul 3.38 petang itu mereka dikejutkan dengan bunyi loceng kecemasan yang bertalu-talu lantas mengejutkan mereka supaya keluar untuk berkumpul ke tempat yang selamat iaitu di kawasan parkir syarikat.

Rata-rata pekerja yang keluar itu kelihatan tertanya-tanya di antara satu dengan lain mengapa loceng itu dibunyikan sedangkan tiada asap yang kelihatan.

Sebelum persoalan yang bermain di fikiran mereka terjawab setelah diberitahu bahawa salah seorang daripada 160 pekerja di situ telah pengsan akibat terhidu gas ammonia yang dipercayai bocor daripada stor kimia di kilang berkenaan.

Mereka diberitahu bahawa salah seorang pekerja telah bertindak memberitahu pengawal keselamatan mengenai kejadian itu sebelum menghubungi pihak bomba yang tiba pada pukul 3.51 petang.

Kehadiran Unit Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Kawalan Kerosakan syarikat (DC) berjaya mengawal keadaan pada pukul 4.01 petang.

Tidak lama selepas itu, anggota Hazmat kemudiannya mengusung keluar mangsa bagi menerima rawatan kecemasan oleh anggota JPAM yang sedia menunggu sebelum secara tiba-tiba pekerja itu bangkit seperti sedia kala.

Kebanyakan pekerja yang hairan kemudiannya menyedari bahawa insiden itu hanya merupakan gimik kepada latihan kawad kecemasan yang kerap kali dilakukan syarikat pada setiap tahun.

Pengurus Operasi F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd. Malaysia Timur, Lee Joon Hin berkata, latihan kecemasan itu merupakan latihan tahunan syarikat berkenaan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan JPAM serta Pasukan DC

Katanya, secara keseluruhan, beliau berpuas hati dengan usaha menyelamat oleh pihak berkuasa terutamanya pasukan keselamatan syarikat iaitu Pasukan DC.

Namun, katanya, tempoh enam minit yang diambil kakitangan untuk meninggalkan tempat kerja masing-masing untuk pergi ke kawasan yang selamat masih di kira terlalu lama.

‘‘Dapat saya perhatikan pekerja masih ada yang berlenggang ketika loceng dibunyikan dan perkara ini tidak seharusnya berulang pada latihan kecemasan seterusnya atau ketika pada waktu kecemasan berlaku.

‘‘Justeru saya harap mereka mengubah cara pemikiran kerana bencana boleh datang pada bila-bila masa,” katanya semasa berucap pada taklimat selepas tamat sesi latihan di kilang berkenaan di sini baru-baru ini.

Sebuah jentera termasuk tiga kenderaan utiliti bomba serta dua van JPAM terlibat dalam latihan kecemasan itu.

Joon Hin berkata, kilang F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd. yang terletak di kawasan Batu Tiga berupaya membuat langkah pencegahan awal sekiranya berlaku kes-kes kecemasan berikutan tertubuhnya pasukan DC sejak enam tahun lalu.

Ujarnya, kira-kira 15 kakitangan syarikat terlibat secara langsung dalam pasukan itu dan mereka mendapatkan latihan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Selain itu, katanya, syarikat juga mempunyai perlatan pencegahan bencana yang mencukupi serta mematuhi peraturan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

‘‘Walaupun peralatan ini mencukupi, saya amat berharap para pekerja akan terus lebih peka dengan keadaan kecemasan dan mereka lebih bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Abang Yusof Abang Shebli berkata, beliau mengucapkan penghargaan kepada F&N Beverages Manufacturing Sdn Bhd yang sentiasa peka untuk mengadakan latihan kawad kecemasan pada setiap tahun.

Katanya yang juga bertindak sebagai pegawai pemerhati latihan, pihak bomba sentiasa mengalu-alukan pembabitan syarikat-syarikat lain di Kuching untuk mengadakan latihan kawad kecemasan seperti ini.

‘‘Kita sentiasa bersedia untuk bekerjasama bagi melakukan latihan kawad kecemasan seperti ini dari semasa ke semasa dan langkah F&N Beverages Manufacturing Sdn Bhd perlu dipuji dan dicontohi syarikat-syarikat lain di bandar ini,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.